KEPERLUAN MINIMUM PA SYSTEM & SPEAKER UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN & ACARA KORPORAT
Soalan Customer : Bang, tempat majlis saya dah ada pa system, tapi tak ada karaoke. Boleh abg suggest pakej.
Jawapan Abam Yang Ensem : Boleh, jika peralatan disediakan di tempat majlis melepasi keperluan minimum seperti ada 2 Speaker, 2 Wireless Mic dan 1 Power Mixer. Maka anda hanya perlu tambah 1 Screen Monitor 14 Inch & Stand, 1 Laptop & Lagu² Karaoke. Kadar caj dikenakan RM250 sahaja.
Soalan Customer : Kalau tempat tu cuma provide basic pa system macam mana?
Jawapan Abam Yang Ensem : Kena semak dengan pihak dewan apakah peralatan yang disediakan tersebut. Jika ada gambar much more better. Supaya kita boleh tahu ianya sesuai untuk karaoke atau tidak.
Soalan Customer : Bang, kalau saya ada Live Band macam mana?
Jawapan Abam Yang Ensem : Lazimnya band ada set mereka sendiri kerana ada keperluan minimum untuk kepuasan mereka semasa membuat persembahan. Sila semak dengan pihak band apakah pakej yang diambil termasuk dengan peralatan pa system.
Soalan Customer : Saya tak ambil Live Band, tapi saya ada menggunakan panggil pemain Saxophone / Violin / Piano, macam mana?
Jawapan Abam Yang Ensem : Untuk kepuasan dalam persembahan mereka, keperluan minimim adalah 3 Speaker. Di mana 1 Speaker akan dijadikan Monitor untuk mereka dan 2 Speaker lagi untuk cover kawasan majlis.
Soalan Customer : Cukup ke 2 Speaker untuk majlis saya?
Jawapan Abam Yang Ensem : Bagi majlis yang diadakan dalam ruangn tertutup dengan bilangan meja di bawah 25 unit, penggunaan 2 Speaker sudah mencukupi. Tetapi jika ada persembahan, maka adalah perlu menambah sekurang-kurangnya 1 Speaker untuk dijadikan Monitor (bagi tujuan hearing).
Ada lagi soalan lain? Sila tinggalkan komen di bawah. Dan Abam Yang Ensem akan memberikan jawapan kepada persoalan anda semua.
Jika anda ingin dapatkan senarai pakej dan harga daripada kami, sila hubungi menerusi talian 01162099363. Whatsapp adalah amat digalakkan.
"Majlis Anda Keutamaan Kami"
0 Ulasan