Ad Code

DEEJAY KAHWIN & ACARA KORPORAT

TERMA DAN SYARAT

 

sila baca dan fahami


Sila baca dan fahami kandungan setiap pakej yang ditawarkan, berserta kandungan Terma dan Syarat ini.



TEMPOH SEWAAN / PERKHIDMATAN :


Secara asasnya sewaan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami adalah antara 3 jam hingga 7 jam sahaja. Lazimnya kami akan sampai 30 minit awal untuk setup atau pemasangan peralatan pa system kami serta sound check. Dan setelah majlis / program selesai, kami akan kemas peralatan kami dengan segera.



REHERSAL :


Sebahagian pakej yang kami tawarkan tidak termasuk sesi rehersal. Harga berlainan akan dikenakan sekiranya pihak pelanggan ingin mengadakan sesi rehersal.


Bagi pakej yang mengandungi sesi rehersal, ia boleh diadakan antara isnin hingga jumaat. Tetapi tertakluk kepada kelapangan tarikh kami juga. 


Semakan perlu dibuat oleh pihak pelanggan terlebih dahulu dengan kami sebelum menetapkan tarikh rehersal. Tempahan adalah untuk hari event, manakala rehersal bergantung sepenuhnya kelapangan jadual kami.



CAJ PENGANGKUTAN, PENGINAPAN  & TAMBAHAN LAIN :


Harga yang dipaparkan secara asasnya telah termasuk caj penghantaran dan pemasangan. Kerana itu kami tidak mengenakan caj pengangkutan secara berasingan (tiada caj tersembunyi).


Namun kawasan yang berjauhan akan dikenakan caj pengangkutan mengikut jarak / tempoh masa perjalanan. Lazimnya bagi perjalanan melebihi 25 km. Dan juga caj penginapan boleh dikenakan jika perjalanan melebihi 3 jam.


Caj tambahan akan dikenakan jika majlis bermula awal pagi ( sebelum jam 7.00 pagi) atau juga tamat lewat malam (selepas jam 12.00 malam). Dan juga jika kami perlu hadir sehari awal untuk persiapan yang diperlukan, terutama pemasangan peralatan pa system di kompleks membeli belah atau majlis dengan kehadiran VVIP.


Lain-lain caj tambahan adalah bergantung kepada permintaan pelanggan jika memerlukan tambahan peralatan atau lanjutan tempoh masa.



PENGGUNAAN PERALATAN KAMI :


Anda perlu faham bahawa peralatan pa system kami hanya untuk vocal sahaja dan memainkan lagu menerusi laptop /smartphone sahaja. Peralatan pa system kami tidak boleh sama sekali digunakan untuk live band, busking, gamelan, dikir barat dan lain-lain yang isntrumen muzik.



KEWAJIPAN MENYEDIAKAN MEJA DAN TEMPAT BERBUMBUNG :


Sebagai pelanggan, anda perlu menyediakan meja bersaiz 3x6 dan dua kerusi untuk kegunaan pihak kami. Dan kedudukan meja tersebut hendaklah berdekatan dengan punca elektrik (tidak lebih 15 meter).


Anda juga harus faham peralatan pa system kami sangat sensitif dengan panas dan hujan, maka anda perlu memastikan tempat tersebut terlindung daripada panas dan hujan (bahasa mudahnya berbumbung).



DEPOSIT TEMPAHAN :


Deposit dikenakan untuk locked tarikh. Jika ada lebih dari satu pelanggan berminat menggunakan perkhidmatan kami pada tarikh dan masa yang sama, hanya pelanggan yang membuat bayaran deposit terawal sahaja yang akan kami locked tarikh.



PENANGGUHAN MAJLIS :


Penangguhan majlis / program hendaklah dimaklumkan 21 hari sebelum majlis bermula (tarikh asal) dan tarikh baru hendaklah dimaklumkan 30 hari sebelum majlis / program diadakan. Kegagalan berbuat demikian, tempahan akan terbatal dengan sendirinya dan deposit tidak akan dikembalikan.



PEMBATALAN TEMPAHAN :


Pembatalan tempahan tidak dibenarkan sama sekali. Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pelanggan membatalkan tempahan.



TEMPOH SAH SEBUTHARGA :


Sebutharga yang diberikan oleh kami mempunyai tarikh tamatnya (lazimnya 7 hari selepas sebutharga diberikan). Tempahan boleh dibuat dalam masa 7 hari tersebut. Sekiranya telah tamat tempoh sebutharga tersebut, maka ia tidak lagi boleh digunapakai dan anda dikehendaki mendapatkan sebutharga yang baharu.



SAH LAKU TAWARAN PROMOSI & DISKAUN :


Jika anda menerima harga promosi atau tawaran diskain daripada kami atau membaca / mengetahui tawaran promosi atau diskaun pada mana-mana ruangan yang ada dalam laman web rasmi kami / Tiktok / FB / IG dan lain-lain media sosial, ia mempunyai tarikh tamat atau tempoh masanya. Harga yang ditawarkan dalam promosi mahupun diskaun yang ditawarkan tidak lagi boleh digunakan untuk tempahan selepas tarikh tamat atau melebihi had tempoh masa yang dinyatakan.


Pelanggan sedia ada atau yang telah membuat tempahan, tidak layak untuk mendapatkan sebarang tawaran harga promosi mahupun diskaun selepas membuat tempahan. Promosi dan harga diskaun yang ditawarkan hanya untuk pelanggan baharu sahaja atau pelanggan yang belum membuat tempahan dengan kami.



DEPOSIT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN :


Sekali lagi dinyatakan di sini, kami tidak akan membuat pemulangan deposit jika berlaku sebarang pembatalan tempahan. Anda adalah dianggap telah bersetuju dengan perkara ini sekiranya telah membuat tempahan dan membuat bayaran deposit.



TERMA & SYARAT TAMBAHAN LAIN :


Pada bila-bila masa kami berhak menambah atau menukar kandungan terma dan syarat ini tanpa perlu mengeluarkan sebarang notis kepada pelanggan.



PENERIMAAN DAN PERSETUJUAN :


Anda adalah dianggap telah membaca dan menerima serta telah bersetuju dengan kandungan terma dan syarat ini sekiranya telah membuat pembayaran deposit tempahan.


Jika anda tidak bersetuju, maka anda tidak perlu membuat pembayaran deposit tempahan.



PERINGATAN & NOTIS PENTING :


Kami tidak sesekali memaksa anda untuk membuat tempahan dengan kami. Dalam masa yang sama kami berhak mengambil tempahan lain kerana kegagalan atau kelewatan anda membuat bayaran deposit tempahan.

Catat Ulasan

0 Ulasan

PROMISI PAKEJ DEEEJAY

PROMOSI PAKEJ KARAOKE