Selepas
bertungkus lumus selama 12 bulan merancang majlis yang paling sempurna,pasti
anda ingin semuanya berjalan lancar pada hari tersebut. Di sini ada 25 Perkara
Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Memastikan Anda Jalani Majlis Dengan Happy.
1.
Pastikan anda dapat tidur yang secukupnya.
Anda
perlukan tenaga yang secukupnya untuk bertahan sepanjang majlis. Jadi tidur
awal supaya tidak terbabas dan lemah lesu keesokkan harinya.
2.
Bangun awal solat subuh.
Bangunlah
awal solat subuh, mulakan hari penting ini dengan restu-NYA. Doa pada-NYA untuk
permudahkan segala urusan majlis.
3.
Jangan lupa makan sarapan pagi.
Ramai
pengantin yang ambil mudah perkara penting ini, sibuk mengendali itu ini hingga
tidak makan sarapan.
4.
Bersiap sedia awal supaya tidak kelang kabut.
Jangan
tunggu hingga saat akhir untuk bersiap-sedia. Pastikan makeup artis sampai ke
lokasi tepat pada waktu. Double check baju pengantin anda jika ada kehilangan
butang, benang terlerai dll.
5.
Pengantin lelaki, pastikan cincin nikah ada bersama anda.
Jangan
nanti waktu nak sarungkan cincin kalut mencari cincin di setiap pocket. Jadi
lantik seorang bestman untuk bantu ingatkan anda perkara-perkara sebegini.
6.
Ketika makeup, pakai T-Shirt
Ketika
memakai makeup, pakai T-Shirt supaya baju pengantin anda tidak comot terkene
bahan-bahan makeup. Akan tetapi jangan lah memakai T-Shirt lusuh yang buruk,
kerana photographer akan mengambil proses memakai makeup.
Tidak
manis lah jika kelihatan T-Shirt tidur yang berlobang dan lusuh. Untuk lebih
selamat, minta photographer datang shoot pada saat akhir makeup, apa bila anda
telah salin ke baju pengantin.
7.
Tulis nota pendek dan sweet, minta rakan anda pas kan pada pasangan anda.
Perkara
ini tidak wajib, tapi pasti anda akan tersenyum manis jika terima surat yang
amat sweet dari bakal suami/isteri pada pagi hari nikah.
8.
Adakan meeting sesame dulang boys.
Kenapa
adakan meeting hanya untuk dulang boys? Mesyuarat pendek ini hanya untuk
bincangkan mengenai disiplin diri masing-masing. Pastikan jangan hadir lambat
dan buat perkara-perkara nakal “prank" ke pasangan pengantin.
9.
Selesakan kasut baru
Jika
anda menempah kasut baru, pastikan anda pakai kasut itu seminggu sebelum
majlis. Ini untuk mengelakkan kaki anda melecet dari memakainya pada hari
majlis. Semua wanita pasti setuju, kaki melecet bukan lah satu perkara yang
best.
10.
Jangan sembur minyak wangi berlebihan.
Jangan
lupa pakai minyak wangi, tetapi jangan lah juga sembur terlalu banyak hingga
sakit hidung mereka yang lalu. Minta bridesmaid anda untuk pegangkan botal
minyak wangi supaya jika baunya hamper pudar boleh sembur kembali.
11.
Bridesmaids sila pastikan semua berjalan lancar.
Bridesmaids,
inilah tugas anda. Dari ramai-ramai rakan pengantin, anda adalah golongan
terpilih untuk memastikan majlis rakan karib anda berjalan dengan lancar. Jadi,
jangan hampakan puteri sehari itu.
12.
Jangan lupa bawa bersama Survival Kit anda.
Dalam
blog post lepas, kami ada kongsikan senarai barang yang perlu ada dalam
Survival Kit. Jangan lupa Survival Kit yang amat penting dan berguna itu.
13.
Ambil selfie
Ambil
beberapa keeping selfie sebagai kenangan, bukan hari-hari anda dapat dress up
seperti tuan puteri.
14.
Letak phone jauh-jauh
Selain
dari mengambil selfie, jauhkan diri dari telefon. Lantik salah seorang
bridesmaid untuk menjawab calls. Kerana pasti ramai yang akan menelefon
untuk bertanya jalan dan sebagainya. Anda hanya focus, bersiap-sedia untuk
berkahwin!
15.
Hilangkan cuak anda.
Siapa
tak nervous, dalam masa beberapa jam lagi anda perlu lafazkan akad depan
khalayak ramai dan akan melangkah masuk alam perkahwinan. Bridesmaid dan
groomsmen, jalankan tugas anda untuk tenangkan pasangan raja sehari ini.
16.
Berhenti, tarik nafas panjang.
Sebelum
berarak ke pelamin atau lokasi akad nikah. Berhenti seketika, tarik nafas panjang
dan lihat sekeliling. Hayati penat lelah anda merancang majlis paling bermakna
ini.
17.
Rasa makanan yang dihidang
Curi
masa untuk menikmati masakan yang dihidang di meja makan beradap.
18.
Mintak bridesmaid bawakan makanan semasa anda bersiap.
Pada
hari tersebut, 5 minit pun pasti anda tidak ada untuk menghayati makanan
majlis. Jangan biar perut anda kosong, minta tolong bridesmaid dan groomsmen
bungkuskan makanan dan bawa ke bilik bersiap.
19.
Tegur semua tetamu dengan senyuman walau penat mana pun.
Pasti
semua saudara-mara, rakan zaman sekolah rendah akan hadir pada majlis anda.
Walau penat macam mana pun, tegurlah mereka dengan senyuman. Setiap tetamu yang
hadir membawa doa kebahagiaan rumahtangga yang bakal anda bina.
20.
Pastikan semua gambar penting telah diambil oleh photographer anda.
Seperti
yang telah disenarikan di blog lepas, pastikan semua pose gambar yang penting
dirakam oleh photographer. Pada yang memuat naik gambar di Instagram, maklumkan
pada mereka untuk #hashtag supaya senang untuk anda cari gambar-gambar majlis
itu nanti.
21.
Jangan lupa bawak kasut spare yang selesa.
Semua
wanita ingin kelihatan paling cantik pada hari majlis. Tapi bak kata pepatah
inggeris “Beauty is Pain". Pasti separuh jalan majlis, kaki anda akan
sakit dari memakai heels tersebut. Jadi bawalah flat shoe yang selesa dan
matching dengan baju pengantin untuk disalin nanti.
22.
Lantik seseorang yang boleh selamatkan anda dari tetamu yang becok.
Di
setiap majlis, pasti akan ada tetamu yang telah lama tidak ketemu dan ingin
“catch-up". Bukan salah, tapi ini bukan masa yang sesuai. Ramai tetamu
lain yang perlu anda tegur dan mengucap terima kasih. Jadi, lantik seorang
bridesmaid untuk datang selamatkan anda dari berdiri berjam-jam berborak dengan
seorang tetamu tersebut.
23.
Luang masa dengan ibu baba dan ibu bapa mertua.
Ingat,
berkahwin bermaksud anda akan memulakan keluarga anda sendiri. Ibu bapa yang
menjaga kita selama ini pasti berat hati untuk melepaskan anak mereka. Luangkan
sedikit masa bersama mereka, ucapkan terima kasih dan buat mereka rasa walaupun
dengan kehidupan baru, mereka tetap diutamakan.
24.
Jangan smash kek kahwin. Jangan.
Haish…
Tepuk dahi admin bila pergi ke majlis yang ada smash kek. Dik, majlis ni untuk
menunjukkan kita dah matang dan bersedia untuk berdikari. Lagipun, aksi ini
amat messy. Jika boleh elakkan ye.
25.
Berikan senarai lagi yang anda telah pilih kepada DJ majlis
Akhir
sekali, jangan lupa buat senarai lagu yang ingin anda mainkan pada majlis
tersebut. DJ tidak kenal pasangan pengantin, jadi mereka akan memainkan apa-apa
sahaja muzik yang berkaitan dengan kahwin. Dan selalunya muzik-muzik itu dan
berapa best. Anda kenal pasangan anda, buat senarai lagu-lagu yang memberi
makna dan memori pada anda berdua. Lagi elok, paskan senarai ini 2-3 hari
sebelum majlis supaya DJ boleh bersiap-sedia.
SELAMAT
PENGANTIN BARU! MOGA MAJLIS ANDA BERJALAN DENGAN LANCAR.
0 Ulasan