TEKS EMCEE MAJLIS PERKAHWINAN


Kami menyediakan khidmat untuk mereka yang ingin mencari kelainan dalam teks yang digunakan untuk sesebuah majlis perkahwinan supaya ia kelihatan segar, unik dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Kadar caj yang dikenakan bergantung kepada jenis majlis, olahan ayat, pantun dan kata-kata puitis yang akan digunakan.


Antara contoh teks lazim yang digunakan adalah seperti di bawah bagi Majlis Perkahwinan adalah seperti di bawah :


<PANTUN KETIBAAN>

 

Sirih junjung berhias indah

Sekacip pinang pembuka kata

Bunga manggar kilau bercahaya

Datang berkunjung ke majlis meriah

Sejarah terukir nilai permata

Lembaran sejarah kini bermula

 

Hadirin sekalian, bersama-sama kita memberi tumpuan di pintu masuk utama dewan yang serba  indah ini ketibaan pasangan pengantin dengan diiringi keluarga rombongan.

 

<SELAWAT TASLIM SEMASA DI PINTU GERBANG>

 

Berjalan masuk ke dewan, menuju ke pelamin yang tersergam indah di hadapan, pasangan pengantin yang cantik lagi menawan, yang segak juga rupawan, pasangan Raja Sehari;

 

NAMA PENGANTIN LELAKI bersama pilihan hatinya NAMA PENGANTIN PEREMPUAN

<PENGANTIN BERJALAN KE PELAMIN DIIRINGI LAGU PILIHAN>

<PENGANTIN DUDUK DI PELAMIN>

 

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara 

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

 

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamu `Alaikum W.B.T.

.........................................................


Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/601162099363


Terima kasih.

❤️ Emcee Adam Yang Ensem ❤️