<PANTUN KETIBAAN>
Sirih
junjung berhias indah
Sekacip
pinang pembuka kata
Bunga
manggar kilau bercahaya
Datang
berkunjung ke majlis meriah
Sejarah
terukir nilai permata
Lembaran
sejarah kini bermula
Hadirin
sekalian, bersama-sama kita memberi tumpuan di pintu masuk utama dewan yang
serba indah ini ketibaan pasangan pengantin
dengan diiringi keluarga rombongan.
<SELAWAT TASLIM SEMASA DI PINTU GERBANG>
Berjalan
masuk ke dewan, menuju ke pelamin yang tersergam indah di hadapan, pasangan
pengantin yang cantik lagi menawan, yang segak juga rupawan, pasangan Raja
Sehari;
NAMA PENGANTIN LELAKI bersama
pilihan hatinya NAMA PENGANTIN PEREMPUAN
<PENGANTIN BERJALAN KE PELAMIN DIIRINGI LAGU PILIHAN>
<PENGANTIN DUDUK DI PELAMIN>
Melayang
serindit di atas permatang
Merbah
berkicau di hujung muara
Pemanis
kata selamat datang
Awal
Bismillah pembuka bicara
Bismillahir
Rahmanir Rahim, Assalamu `Alaikum W.B.T.
Allah swt berfirman di dalam surah Ar-Rum ayat 21, maksudnya :
Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan
untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya
kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran)
bagi tanda-tanda orang-orang yang berfikir.
Pijat meniti di sarang kerengga
Anak murai saja berlari
Hajat hati sekalian keluarga
Hendak merai raja sehari
Yang
dihormati Dato’-dato’, Datin-datin, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin
sekalian, bagi pihak keluarga TUAN ........ dan Puan ........... (NAMA TUAN
RUMAH / IBU AYAH PENGANTIN), saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan pada hari ini, teruatama keluarga rombongan yang
diketuai oleh Encik ........ dan Puan ........ (KETUA ROMBONGAN / IBU AYAH
PENGANTIN) Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakna dan
dapat menyerikan majlis kita pada hari ini.
Burung
Nuri hinggap di balai
Balai
seri buatan Pak Tua
Tempat
berehat rakan dan taulan
Duduk
tersenyum kedua mempelai
Menadah
tangan memanjatkan doa
Moga
jodoh sentiasa berkekalan
Dengan
itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh NAMA
PEMBACA DOA.
<BACAAN DOA>
Terima
kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin
sekalian, pasangan pengantin baru yang diraikan pada hari ini NAMA PENGANTIN
telah mula berkenalan sejak ..................... (CERITA SEJARAH
PERKENALAN). Seterusnya apabila hati telah semakin terpaut dengan ketulusan
peribadi masing-masing, pasangan ini telahpun mengikat tali pertunangan pada
...... (TARIKH PERTUNANGAN). Dan seterusnya pasangan ini disatukan dalam
ikatan pernikahan yag dituntut oleh agama pada ...... (TARIKH PERNIKAHAN).
Hari
ini (TARIKH MAJLIS BERLANGSUNG), bertempat di (TEMPAT MAJLIS
BERLANGSUNG) ini, akan menjadi saksi detik-detik bersejarah pasangan
mempelai ini, kerana mereka akan diraikan oleh sekalian keluarga dan sahabat
handai. Semoga ianya akan menjadi ingatan dan kenangan yang terindah untuk
dibawa hingga ke anak cucu hendaknya.
Berdua bersama mencari renda
Dapatlah satu di Inderagiri
Doa restu daripada ahli keluarga
Agar masjid dibina kekal berdiri
Baiklah, kita teruskan majlis dengan acara menepung tawar/ merenjis air mawar/
salam restu.
Dengan
itu, saya menjemput:
·IKUT SENARAI NAMA KELUARGA ROMBONGAN
·IKUT SENARAI NAMA KELUARGA TUAN
RUMAH
Anak
teruna mengail patin
Mengail
patin di tepi titi
Senyum
terukir pasangan pengantin
Tanda
gembira penuh di hati
Demikianlah
tadi, acara menepung tawar/ merenjis air mawar/ salam restu bagi memeriahkan
majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.
Majlis
diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab.
Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin NAMA PENGANTIN
dan ahli keluarga untuk bersama-sama ke meja yang disediakan bagi menikmati
hidangan.
Semerbak
bunga seroja
Dibelai
dara pingitan
Lauk
pauk penuh semeja
Jemput
mempelai menikmati hidangan
Bagi
hadirin/hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk
sama–sama menikmati juadah enak yang disediakan.
<JAMUAN MAKAN>
Hadirin
yang dimuliakan, agenda majlis diteruskan ke berikutnya iaitu memotong kek.
Dipersilakan kedua mempelai, NAMA PENGANTIN berangkat ke sudut kiri / hadapan
pelamin.
<PENGANTIN MEMOTONG KEK>
<SEMASA PENGANTIN MEMOTONG KEK BACA TEKS DI BAWAH>
Sesungguhnya
manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan
hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan
perkahwinan yang dituntut agama.
Tiup serunai di atas kota
Uda
memupuk bunga melati
Mula
kenal kemudian bercinta
Cinta
tersemai di dalam hati
Inilah
yang dikatakan
umpama
belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama
berkayuh telah sampai di muara
Umpama
berjalan telah sampai ke destinasinya
<PENGANTIN SELESAI MEMOTONG KEK>
Majlis
diteruskan lagi dengan acara selanjutnya iaitu sesi fotografi pasangan mempelai
di atas pelamin. Dipersilakan kepada pasangan NAMA PENGANTIN mempelai
untuk kembali ke singgahsana.
Majlis
dengan ini menjemput dan mempersilakan keluarga rombongan terlebih dahulu untuk
bergambar bersama pengantin di atas pelamin.
<SESI BERGAMBAR KELUARGA ROMBONGAN>
Seterusnya
dijemput pula keluarga tuan rumah untuk bersama-sama pengantin di atas pelamin
untuk acara bergambar kenang-kenangan.
<SESI BERGAMBAR TUAN RUMAH>
Majlis
diteruskan dengan sesi bergambar bersama saudara-mara dan sahabat-handai yang
turut hadir ke majlis ini. Dipersilakan.
<SESI BERGAMBAR BERSAMA PARA TETAMU>
<BACA TEKS DI BAWAH JIKA TIADA YANG NAK BERGAMBAR DI
PELAMIN>
Baiklah,
dijemput pasangan mempelai kita yang diraikan pada hari ini untuk ke ruang bawah
ini bagi beramah mesra dengan tetamu yang hadir.
<PENGANTIN BERAMAH MESRA DENGAN TETAMU>
<PENGHUJUNG MAJLIS BUAT PENUTUP>
Tiada
untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan
terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari NAMA PENGANTIN dan
ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan majlis kita pada
hari yang penuh keberkatan ini.
Pergi
ke dusun memetik kelapa
Kelapa
muda si kelapa barli
Jari
disusun maaf dipinta
Panjang
usia bersua kembali
Mohon
maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi
pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua,
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.
Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:
Terima kasih.❤️ Emcee Adam Yang Ensem ❤️
0 Ulasan