Ad Code

RUANGAN UNTUK DISEWA - 01162099363

Tips Perkahwinan: 25 Perkara Perlu Anda Lakukan Pada Hari Perkahwinan


Selepas bertungkus lumus selama 12 bulan merancang majlis yang paling sempurna,pasti anda ingin semuanya berjalan lancar pada hari tersebut. Di sini ada 25 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Memastikan Anda Jalani Majlis Dengan Happy.

1. Pastikan anda dapat tidur yang secukupnya.
Anda perlukan tenaga yang secukupnya untuk bertahan sepanjang majlis. Jadi tidur awal supaya tidak terbabas dan lemah lesu keesokkan harinya.

2. Bangun awal solat subuh.
Bangunlah awal solat subuh, mulakan hari penting ini dengan restu-NYA. Doa pada-NYA untuk permudahkan segala urusan majlis.

3. Jangan lupa makan sarapan pagi.
Ramai pengantin yang ambil mudah perkara penting ini, sibuk mengendali itu ini hingga tidak makan sarapan.

4. Bersiap sedia awal supaya tidak kelang kabut.
Jangan tunggu hingga saat akhir untuk bersiap-sedia. Pastikan makeup artis sampai ke lokasi tepat pada waktu. Double check baju pengantin anda jika ada kehilangan butang, benang terlerai dll.

5. Pengantin lelaki, pastikan cincin nikah ada bersama anda.
Jangan nanti waktu nak sarungkan cincin kalut mencari cincin di setiap pocket. Jadi lantik seorang bestman untuk bantu ingatkan anda perkara-perkara sebegini.

6. Ketika makeup, pakai T-Shirt
Ketika memakai makeup, pakai T-Shirt supaya baju pengantin anda tidak comot terkene bahan-bahan makeup. Akan tetapi jangan lah memakai T-Shirt lusuh yang buruk, kerana photographer akan mengambil proses memakai makeup. 
Tidak manis lah jika kelihatan T-Shirt tidur yang berlobang dan lusuh. Untuk lebih selamat, minta photographer datang shoot pada saat akhir makeup, apa bila anda telah salin ke baju pengantin.

7. Tulis nota pendek dan sweet, minta rakan anda pas kan pada pasangan anda.
Perkara ini tidak wajib, tapi pasti anda akan tersenyum manis jika terima surat yang amat sweet dari bakal suami/isteri pada pagi hari nikah.

8. Adakan meeting sesame dulang boys.
Kenapa adakan meeting hanya untuk dulang boys? Mesyuarat pendek ini hanya untuk bincangkan mengenai disiplin diri masing-masing. Pastikan jangan hadir lambat dan buat perkara-perkara nakal “prank" ke pasangan pengantin.

9. Selesakan kasut baru
Jika anda menempah kasut baru, pastikan anda pakai kasut itu seminggu sebelum majlis. Ini untuk mengelakkan kaki anda melecet dari memakainya pada hari majlis. Semua wanita pasti setuju, kaki melecet bukan lah satu perkara yang best.

10. Jangan sembur minyak wangi berlebihan.
Jangan lupa pakai minyak wangi, tetapi jangan lah juga sembur terlalu banyak hingga sakit hidung mereka yang lalu. Minta bridesmaid anda untuk pegangkan botal minyak wangi supaya jika baunya hamper pudar boleh sembur kembali.

11. Bridesmaids sila pastikan semua berjalan lancar.
Bridesmaids, inilah tugas anda. Dari ramai-ramai rakan pengantin, anda adalah golongan terpilih untuk memastikan majlis rakan karib anda berjalan dengan lancar. Jadi, jangan hampakan puteri sehari itu.

12. Jangan lupa bawa bersama Survival Kit anda.
Dalam blog post lepas, kami ada kongsikan senarai barang yang perlu ada dalam Survival Kit. Jangan lupa Survival Kit yang amat penting dan berguna itu.

13. Ambil selfie
Ambil beberapa keeping selfie sebagai kenangan, bukan hari-hari anda dapat dress up seperti tuan puteri.

14. Letak phone jauh-jauh
Selain dari mengambil selfie, jauhkan diri dari telefon. Lantik salah seorang bridesmaid untuk menjawab calls.  Kerana pasti ramai yang akan menelefon untuk bertanya jalan dan sebagainya. Anda hanya focus, bersiap-sedia untuk berkahwin!

15. Hilangkan cuak anda.
Siapa tak nervous, dalam masa beberapa jam lagi anda perlu lafazkan akad depan khalayak ramai dan akan melangkah masuk alam perkahwinan. Bridesmaid dan groomsmen, jalankan tugas anda untuk tenangkan pasangan raja sehari ini.

16. Berhenti, tarik nafas panjang.
Sebelum berarak ke pelamin atau lokasi akad nikah. Berhenti seketika, tarik nafas panjang dan lihat sekeliling. Hayati penat lelah anda merancang majlis paling bermakna ini.

17. Rasa makanan yang dihidang
Curi masa untuk menikmati masakan yang dihidang di meja makan beradap.

18. Mintak bridesmaid bawakan makanan semasa anda bersiap.
Pada hari tersebut, 5 minit pun pasti anda tidak ada untuk menghayati makanan majlis. Jangan biar perut anda kosong, minta tolong bridesmaid dan groomsmen bungkuskan makanan dan bawa ke bilik bersiap.

19. Tegur semua tetamu dengan senyuman walau penat mana pun.
Pasti semua saudara-mara, rakan zaman sekolah rendah akan hadir pada majlis anda. Walau penat macam mana pun, tegurlah mereka dengan senyuman. Setiap tetamu yang hadir membawa doa kebahagiaan rumahtangga yang bakal anda bina.

20. Pastikan semua gambar penting telah diambil oleh photographer anda.
Seperti yang telah disenarikan di blog lepas, pastikan semua pose gambar yang penting dirakam oleh photographer. Pada yang memuat naik gambar di Instagram, maklumkan pada mereka untuk #hashtag supaya senang untuk anda cari gambar-gambar majlis itu nanti.

21. Jangan lupa bawak kasut spare yang selesa.
Semua wanita ingin kelihatan paling cantik pada hari majlis. Tapi bak kata pepatah inggeris “Beauty is Pain". Pasti separuh jalan majlis, kaki anda akan sakit dari memakai heels tersebut. Jadi bawalah flat shoe yang selesa dan matching dengan baju pengantin untuk disalin nanti.

22. Lantik seseorang yang boleh selamatkan anda dari tetamu yang becok.
Di setiap majlis, pasti akan ada tetamu yang telah lama tidak ketemu dan ingin “catch-up". Bukan salah, tapi ini bukan masa yang sesuai. Ramai tetamu lain yang perlu anda tegur dan mengucap terima kasih. Jadi, lantik seorang bridesmaid untuk datang selamatkan anda dari berdiri berjam-jam berborak dengan seorang tetamu tersebut.

23. Luang masa dengan ibu baba dan ibu bapa mertua.
Ingat, berkahwin bermaksud anda akan memulakan keluarga anda sendiri. Ibu bapa yang menjaga kita selama ini pasti berat hati untuk melepaskan anak mereka. Luangkan sedikit masa bersama mereka, ucapkan terima kasih dan buat mereka rasa walaupun dengan kehidupan baru, mereka tetap diutamakan.

24. Jangan smash kek kahwin. Jangan.
Haish… Tepuk dahi admin bila pergi ke majlis yang ada smash kek. Dik, majlis ni untuk menunjukkan kita dah matang dan bersedia untuk berdikari. Lagipun, aksi ini amat messy. Jika boleh elakkan ye.

25. Berikan senarai lagi yang anda telah pilih kepada DJ majlis
Akhir sekali, jangan lupa buat senarai lagu yang ingin anda mainkan pada majlis tersebut. DJ tidak kenal pasangan pengantin, jadi mereka akan memainkan apa-apa sahaja muzik yang berkaitan dengan kahwin. Dan selalunya muzik-muzik itu dan berapa best. Anda kenal pasangan anda, buat senarai lagu-lagu yang memberi makna dan memori pada anda berdua. Lagi elok, paskan senarai ini 2-3 hari sebelum majlis supaya DJ boleh bersiap-sedia.

SELAMAT PENGANTIN BARU! MOGA MAJLIS ANDA BERJALAN DENGAN LANCAR.

Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/601162099363

Catat Ulasan

0 Ulasan

PROMISI 2024