Ad Code

RUANGAN UNTUK DISEWA - 01162099363

Sains Membuktikan Apakah Kunci Kebahagian Sebuah Perkahwinan

Baru-baru ini, Dr. John Gottman – seorang doktor dan pakar terapi telah menjalankan sebuah kajian bagi membuktikan apakah kunci kebahagian sesebuah perkahwinan

Dan jawapan bagi kajian jangka panjang itu sungguh menerujakan! Kuncinya ada pada tangan seorang suami.
Melalui kajian ini, Dr. Gottman mendapati hampir 130 orang pasangan akan lebih bahagia jika mereka mengahwini suami yang bijak mengendali emosi.

Jadi, suami yang bijak mengendali emosi itu bagaimana?

Ringkasnya, suami yang bijak mengendali emosi adalah suami yang membenarkan dirinya “dipengaruhi” oleh isteri.
Maksudnya di sini, seorang suami sanggup memberikan kuasa yang dia ada untuk mengutamakan hubungan. 
Jadi, apabila seorang isteri dan suami bergaduh,  suami yang bijak mengendali emosi akan menurunkan ego, kedegilan dan keinginan untuk “melawan” yang ada dalam dirinya.
Lalu, dia akan mendengar apa yang sebenarnya ingin dicakap oleh isterinya.
Tapi, ia bukan bermaksud seorang suami akan cepat tunduk dan mudah “ikut telunjuk isteri“. Tidak!
Kajian yang diterbitkan Peace Quaters ini membincangkan bagaimana suami yang bijak mengendali emosi akan menghasilkan perkahwinan yang lebih bahagia.
Umum tahu bagaimana kepenatan seorang isteri boleh mendorong mereka untuk “membebel” bagi melepaskan kepenatan.
Akan tetapi, dengan kehadiran seorang suami yang bijak – situasi seperti ini mudah untuk diatasi.

Perbezaan Antara Lelaki dan Perempuan Dalam Hubungan

Menurut buku yang ditulis Dr. Gottman, The Seven Principles for Making Marriage Work, wanita lebih cenderung untuk mengutamakan perasaan dalam sesebuah permainan atau hubungan.
Manakala, seorang lelaki pula akan lebih tertumpu untuk menentukan siapa yang menang.
Sebab itu, jika perasaan wanita terluka, dia akan menghentikanpermainan/hubungan dan memberi fokus pada “kesakitan” yang dia rasai.
Tapi, lelaki sebaliknya! Oleh sebab didorong rasa “ingin menang“, mereka tak akan mengendahkan perasaan yang dirasai. Jika dia terluka, dia akan mengabaikan perasaan itu
Sebab itu wanita dan lelaki sama-sama memainkan peranan penting dalam sebuah hubungan.
Hubungan bukan satu permainan. Apa yang penting bukanlah siapa yang menang, tapi kemenangan bersama-sama.
Anda pasti pernah berselisih faham dengan pasangan, bukan? Dan anda ingatkan suami akan memahami “kesedihan” atau “kekecewaan” anda, tapi dia pun turut marah-marah!
Macam mana nak selesai perselisihan faham ini. Betul tak?
Kajian membuktikan 65% daripada lelaki memang akan menyebabkan sesebuah pergaduhan menjadi lebih teruk kerana mereka menambah negativiti yang tak menyelesaikan masalah.
Ini pentingnya seorang lelaki yang bijak mengendali emosi!

Suami Yang Bijak Mengendali Emosi Kunci Perkahwinan Bahagia

Seorang suami yang bijak mengendali emosi akan mengutamakan emosi isterinya, berbanding asyik ingin menang kerana mereka “ada kuasa”.
Suami yang bijak mengendali emosi tak payah menukar cara dia mengekspresi emosi sendiri, tapi mereka harus lebih bijak “membina” connection dengan isteri.
Suami yang bijak akan memilih perkataan “kita” berbanding “saya“; dia akan mencari apakah sebab sebenar isterinya marah, daripada ingin melawan semua kata-kata isterinya semata-mata.
Suami yang bijak mengendali emosi akan jadi seorang ayah yang lebih baguskerana mereka terbuka untuk bercakap tentang emosi dengan anak-anak.
Suami yang bijak mengendali emosi akan membina satu connection kukuh dengan isterinya, hingga isterinya akan pergi dulu padanya walaupun jika isteri itu marah atau gembira.
Maka, perkahwinan yang bahagia terletak pada tangan suami yang bijak mengendali emosinya, malah emosi si isteri
Cepat beritahu suami anda tentang bukti kajian ini! Barulah mereka faham nanti.

Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/message/JK3EGAXDMQBYB1


Catat Ulasan

0 Ulasan

PROMISI 2024