Ahad, Februari 20, 2022

MC KAHWIN EMCEE KAHWIN MC PERKAHWINAN EMCEE PERKAHWINAN PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN PENGACARA MAJLIS KUALA LUMPUR SELANGOR PUTRAJAY NEGERI SEMBILAN MELAKA


Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/message/JK3EGAXDMQBYB1



Sirih junjung berhias indah,

Sekacip pinang pembuka kata,

Bunga manggar kilau bercahaya,

Datang berkunjung ke majlis meriah,

Sejarah terukir nilai permata,

Lembaran sejarah kini bermula.

 

Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke dewan, menuju ke pelamin yang tersergam indah di hadapan, pasangan pengantin yang cantik lagi menawan, yang segak juga rupawan, pasangan Raja Sehari;

 

NAMA PENGANTIN LELAKI bersama pilihan hatinya NAMA PENGANTIN PEREMPUAN

 

<PENGANTIN DIARAK KE PELAMIN DIRINGINI PALUAN KOMPANG>

 

Anak Cina memasang lukah 

Lukah dipasang di Tanjung Selasih

Pasangan pengantin segak melangkah 

Mara menuju mahligai kasih

 

Panas kering siapakan tahu

Hujan rintik di Pulau Pandan 

Berjalan seiring bersentuh bahu

Samalah cantik samalah padan

 

<PENGANTIN BERADA DI ATAS PELAMIN>

 

 

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara 

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

 

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamu `Alaikum W.B.T.


Allah swt berfirman di dalam surah Ar-Rum ayat 21:
Maksudnya

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda orang-orang yang berfikir.

 

Hari ini menugal jagung

Hari esok memintal tali

Hari ini kita berkampung

Meraikan mempelai dua sejoli


Yang dihormati Tan Sri-tan Sri, Puan Sri-puan sri, dato’-dato’, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian, bagi pihak keluarga NAMA AYAHANDA DAN BONDA (TUAN RUMAH), saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua  tetamu jemputan pada hari  ini. Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakna dan dapat menyerikan majlis kita pada hari ini.

 

TARIKH MAJLIS BERLANGSUNG, bertempat di Dewan TEMPAT MAJLIS BERLANGSUNG ini… menjadi saksi detik-detik bersejarah pasangan mempelai ini. Semoga menjadi ingatan dan kenangan yang terindah untuk dibawa hingga ke anak cucu hendaknya.

 

Burung Nuri hinggap di balai

Balai seri buatan Pak Tua 

Tempat berehat rakan dan taulan

Duduk tersenyum kedua mempelai 

Menadah tangan memanjatkan doa

Moga jodoh sentiasa berkekalan

 

 

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh NAMA PEMBACA DOA.

 

<BACAAN DOA>

 

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

 

Anak teruna mengail patin

Mengail patin di tepi titi

Senyum terukir pasangan pengantin

Tanda gembira penuh di hati


Baiklah, kita teruskan majlis dengan acara menepung tawar/ merenjis air mawar/ salam restu.

 

Dengan itu, saya menjemput:


* BERIKAN SENARAI NAMA KELUARGA PENGANTIN PEREMPUAN

* BERIKAN SENARAI NAMA KELUARGA PENGANTIN LELAKI


Demikianlah tadi, acara menepung tawar/ merenjis air mawar/ salam restu bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana.
 

 

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama-sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.

 

Semerbak bunga seroja

Dibelai dara pingitan

Lauk pauk penuh semeja

Jemput mempelai menikmati hidangan

 

Bagi hadirin/hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama–sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu–alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.

 

Hadirin yang dimuliakan, agenda majlis diteruskan ke berikutnya iaitu memotong kek. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kiri/hadapan pelamin.

 

<PENGANTIN MEMOTONG KEK>

 

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota

Uda memupuk bunga melati

Mula kenal kemudian bercinta

Cinta tersemai di dalam hati


Inilah yang dikatakan

umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasinya

Majlis diteruskan lagi dengan acara selanjutnya iaitu sesi fotografi pasangan mempelai di atas pelamin. Majlis menjemput dan mempersilakan keluarga pengantin lelaki terlebih dahulu untuk bergambar bersama pengantin di atas pelamin.

 

Seterusnya dijemput pula keluarga pengantin perempuan untuk bersama-sama pengantin di atas pelamin untuk acara bergambar kenang-kenangan.

 

Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ersama saudara-mara dan sahabat-handai yang turut hadir ke majlis ini. Dipersilakan.

 

<SESI BERGAMBAR>

 

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini. Dijemput pasangan mempelai kita yang diraikan pada hari ini untuk ke ruang bawah ini bagi beramah mesra dengan tetamu yang hadir.


<PENGANTIN BERAMAH MESRA DENGAN TETAMU>


Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta


Panjang usia bersua kembali


Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang.

 

Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.


*** Jika ingin menggunakan teks ini dipersilakan. Jika ingin mendapatkan khidmat Emcee daripada kami sila hubungi kami menerusi https://wasap.my/601162099363




EMCEE MC PENGACARA MAJLIS MC KAHWIN EMCEE KAHWIN PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN KUALA LUMPUR SELANGOR PUTRAJAYA NEGERI SEMBILAN MELAKA TEKS EMCEE TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN SEMENYIH KAJANG BANGI CHERAS AMPANG KUALA LUMPUR GOMBAK RAWANG SHAH ALAM


Untuk tempahan dan pertanyaan tarikh, sila hubungi kami menerusi whatsapp 011-62099363:

https://wa.me/message/JK3EGAXDMQBYB1 

0 Comments:

Catat Ulasan

FOLLOW KAMI

Instagram Facebook

Jumlah Pelawat

INTRO

DEEJAYKAHWIN.COM merupakan sebuah perniagaan 100% milik melayu muslim yang menjalankan perniagaan perkhidmatan emcee (pengacara majlis), sewaan pa system dan karaoke untuk sebarang majlis, acara dan program. Kami boleh menyediakan sewaan peralatan untuk small dan medium event dengan kapasiti pengunjung atau tetamu antara 50pax hingga 1000pax dalam satu-satu masa.

Youtube


RAKAMAN SUARA DEEJAY/EMCEE KAMI SEMASA MENJALANKAN TUGAS DI MAJLIS PERKAHWINAN

Kerap Dibaca

Copyright © DEEJAYKAHWIN.COM | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com