Ahad, Januari 02, 2022

CONTOH TEKS RINGKAS EMCEE PENGACARA MAJLIS UNTUK MAJLIS AKAD NIKAH

  




MAJLIS AKAD NIKAH

NAMA BAKAL PENGANTIN L & P

 

Assalamualaikum wbt dan selamat petang

 

Orang ke laut menjala udang,
Petang hari pasang pelita,
Yang ditunggu sudah pun datang,
Yang dinanti sudah pun tiba.

 

Bersama-sama kita saksikan bakal pengantin perempuan, NAMA BAKAL PENGANTIN P mengambil tempat di pentas singgahsana. Dipersilakan.

 

(PENGANTIN P BERJALAN KE PELAMIN)

 

Hari ini menugal jagung,
Hari esok memintal tali,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan mempelai dua sejoli.

Yang dihormati Encik dan Puan (nama ayahanda dan bonda kepada pengantin lelaki) serta Encik dan Puan (nama ayahanda dan bonda kepada pengantin perempuan), selaku tuan rumah bersama kepada Majlis Pernikahan pada hari ini. Yang diraikan bakal mempelai NAMA BAKAL PENGANTIN L & P, YBrsh. Tuan Imam (nama jurunikah)ahli keluarga, saudara-mara, hadirin dan hadirat para tetamu yang dirahmati Allah S.W.T. sekalian.

 

Orang jauh dikenang-kenang,
Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenalan kemudian bertunang,
Akad dilaksana sama bersatu.

 

Dengan itu tanpa melengahkan masa, majlis diserahkan kepada YBrsh. Tuan Imam  untuk memimpin majlis akad nikah. Dipersilakan.

 

(MAJLIS AKAD NIKAH)

Berdua mencari renda,
Dapat satu di Inderagiri,
Doa daripada ayahanda bonda dan juga keluarga,
Agar masjid kekal berdiri.

 

Majlis diteruskan dengan acara menyerahkan mas kahwin dan barang hantaran serta membatalkan wuduk. Dipersilakan kepada NAMA BAKAL PENGANTIN L untuk mengambil tempat di pelamin. Dipersilakan.

 

(SESI PENYERAHAN MAS KAHWIN)

 

Seterusnya adalah sesi bergambar bersama keluarga dan para tetamu. Terlebih dahulu dipersilakan :

i.               Keluarga pengantin L

ii.             Keluarga pengantin P

iii.           Saudara-mara

iv.          Kenalan

 

(SESI BERGAMBAR)

Demikianlah tadi majlis akad nikah NAMA BAKAL PENGANTIN L & P. Dipersilakan kepada hadirin sekalin untuk menikmati hidangan yang disediakan.

 

(MAJLIS JAMUAN)

 

0 Comments:

Catat Ulasan

FOLLOW KAMI

Instagram Facebook

Jumlah Pelawat

INTRO

DEEJAYKAHWIN.COM merupakan sebuah perniagaan 100% milik melayu muslim yang menjalankan perniagaan perkhidmatan emcee (pengacara majlis), sewaan pa system dan karaoke untuk sebarang majlis, acara dan program. Kami boleh menyediakan sewaan peralatan untuk small dan medium event dengan kapasiti pengunjung atau tetamu antara 50pax hingga 1000pax dalam satu-satu masa.

Youtube


RAKAMAN SUARA DEEJAY/EMCEE KAMI SEMASA MENJALANKAN TUGAS DI MAJLIS PERKAHWINAN

Kerap Dibaca

Copyright © DEEJAYKAHWIN.COM | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com