Ahad, November 14, 2021

TEMPLATE TEKS PENGACARA MAJLIS EMCEE MAJLIS PERKAHWINAN SEBAGAI PANDUAN


TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERKAHWINAN

 (NAMA PENGANTIN LELAKI)

&

(NAMA PENGANTIN PEREMPUAN)



Hadiri sekalian marilah bersama-sama kita memberi tumpuan di pintu masuk utama akan ketibaan pengantin.

 

(BUNYI KOMPANG DAN PENGANTIN BERJALAN SAMPAI KE PINTU GERBANG)

 

Anak Cina memasang lukah

Lukah dipasang di Tanjung Selasih

Pasangan pengantin segak melangkah

Mara menuju mahligai kasih

 

Diiringi alunan selawat (tertakluk kepada perubahan), sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke dalam dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; ; (NAMA PENGANTIN LELAKI) (NAMA PENGANTIN PEREMPUAN).

 

(PENGANTIN BERJALAN MENUJU KE PELAMIN)

 

Dari Raub pergi ke Pontian

Terus pula ke Kuala Perlis

Harap semua berikan perhatian

Mohon saya mulakan majlis

 

BismilLahir Rahmanir Rahim

Assalamu `Alaikum W.B.T.


Hari ini menugal jagung

Hari esok memintal tali

Hari ini kita berkampung

Meraikan mempelai dua sejoli


Yang dihormati (NAMA AYAH DAN IBU PENGANTIN – TUAN RUMAH) selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; (NAMA PENGANTIN LELAKI) (NAMA PENGANTIN PEREMPUAN), yang dihormati (NAMA AYAH DAN IBU PENGANTIN – ROMBONGAN), ahli keluarga, saudara-mara, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang dirahmati Allah S.W.T. sekalian.

 

Selamat datang diucapkan ke Majlis Perkahwinan ; (NAMA PENGANTIN LELAKI) (NAMA PENGANTIN PEREMPUAN)

 

Burung Nuri hinggap di balai

Balai seri buatan Pak Tua

Tempat berehat rakan dan taulan

Duduk tersenyum kedua mempelai

Menadah tangan memanjatkan doa

Moga jodoh sentiasa berkekalan

 

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh

 

……………………………………………..


Dipersilakan.

 

(BACAAN DOA – 5MINIT)

 

Terima kasih diucapkan di atas kesudian memimpin bacaan doa sebentar tadi.

 

Anak Cina mengail patin

Mengail patin di tepi titi

Senyum terukir pasangan pengantin

Tanda gembira penuh di hati

 

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis  merenjis air mawar/ salam restu (tertakluk kepada perubahan).

 

(MERENJIS/ SALAM RESTU - MUZIK INSTRUMENTAL PERKAHWINAN DIMAINKAN)


Dengan itu, saya menjemput :

·      Keluarga ROMBONGAN (list perlu disediakan)

 

·      Keluarga TUAN RUMAH (list perlu disediakan)

 

Demikianlah tadi, acara  merenjis air mawar/ salam restu yang disempurnakan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

 

 

Puan dibawa ke Gunung Ledang

Dibawa dengan penuh beradab

Pinggan mangkuk telah terhidang

Kini masa makan beradab


Majlis diteruskan lagi dengan acara makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin untuk menuju ke meja utama bagi menikmati hidangan yang disediakan, dipersilakan.

 

(MAKAN BERADAB)


Untuk ke acara seterusnya, majlis dengan ini menjemput pasangan mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


(PENGANTIN MEMOTONG KEK)


Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.


Tiup serunai di atas kota

Uda memupuk bunga melati

Mula kenal kemudian bercinta

Cinta tersemai di dalam hati

 

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai di destinasi

 

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.


Tuan puteri tersenyum-senyum

Melihat laksamana bermain rodat

Senyum-senyum jangan tak senyum

Sudah sempurna segala adat

 

Sesi kita diteruskan dengan secara santai dan bergambar bersama para tetamu, kepada para tetamu yang ingin bergambar bersama dengan pengantin, suka saya mengingatkan supaya kita sama-sama mematuhi SOP yang ditetapkan. Jika boleh, gantikan aktiviti bersalaman dengan pengantin dengan meletakkan tangan kanan di dada sebelah kiri sebagai tanda hormat. Bersama kita mengekang penularan wabak covid yang sedang melanda negara kita.

 

Dengan itu, saya menjemput terlebih dahulu untuk sesi bergambar:

·      Keluarga ROMBONGAN (list perlu disediakan)

 

·      Keluarga TUAN RUMAH (list perlu disediakan)

 

 

(SESI SANTAI & FOTOGRAFI BERSAMA TETAMU)

 

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali


Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.





KAMI TURUT MENAWARKAN PERKHIDMATAN PENGACARA MAJLIS, JIKA BERMINAT BOLEH HUBUNGI KAMI MENERUSI 011-62099363.

0 Comments:

Catat Ulasan

FOLLOW KAMI

Instagram Facebook

Jumlah Pelawat

INTRO

DEEJAYKAHWIN.COM merupakan sebuah perniagaan 100% milik melayu muslim yang menjalankan perniagaan perkhidmatan emcee (pengacara majlis), sewaan pa system dan karaoke untuk sebarang majlis, acara dan program. Kami boleh menyediakan sewaan peralatan untuk small dan medium event dengan kapasiti pengunjung atau tetamu antara 50pax hingga 1000pax dalam satu-satu masa.

Youtube


RAKAMAN SUARA DEEJAY/EMCEE KAMI SEMASA MENJALANKAN TUGAS DI MAJLIS PERKAHWINAN

Kerap Dibaca

Copyright © DEEJAYKAHWIN.COM | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com