Utama / pakej / Pakej Pa System Karaoke Emcee Untuk Majlis Perkahwinan Kenduri Kahwin

Pakej Pa System Karaoke Emcee Untuk Majlis Perkahwinan Kenduri Kahwin



Senarai Harga Perkhidmatan Emcee - Pengacara Majlis dan Sewaan PA System & Karaoke Tahun 2021 (Negotiable)


i. Emcee - Pengacara Majlis (RM350.00)


ii. Sewaan PA System Sahaja (RM350.00)


iii. Sewaan PA System & Emcee (RM500.00)


iv. Sewaan PA System dan Karaoke (RM500.00)



iv. Sewaan PA System, Karaoke dan Emcee (RM600.00)


Di bawah merupakan antara peralatan PA System & Karaoke yang disediakan untuk Pakej yang disenaraikan di atas:

a. 2 Speaker 16 inch with speaker stand (250 watt)
b. 2 Speaker 10 inch (100 watt) - for karaoke
c. 1 Power Mixer with Build-in Power Amp (450 watt)
d. 2 High Quality Wired Mic & 2 High Quality Wireless Mic
d. 1 LCD Monitor 12 Inch - for karaoke
e. Lagu² dimainkan menggunakan Spotify (playlist lagu² melayu, inggeris, hindi, tradisional dan nasyid)
f. Lagu² karaoke sentiasa dikemaskini meliputi pelbagai genre (dangdut, 60an, 90an, terkini, melayu, english, tradisional, inggeris dan nasyid)
g. Seorang Emcee dan seorang crew disediakan.

Sila ambil maklum bahawa kandungan peralatan adalah tertakluk kepada pakej yang diambil oleh anda.


Peralatan yang disediakan ini adalah sangat bersesuaian untuk majlis dalam dewan dengan bilangan meja di bawah 30 unit. Dan juga untuk majlis yang menggunakan 6 unit canopy ke bawah.

Namun begitu, kami juga mempunyai peralatan tambahan untuk keperluan ruang yang lebih besar dengan caj tambahan yang berpatutan. Jika dalam dewan antara 30 hingga 50 meja atau menggunakan antara 7 hingga 10 canopy, sangat sesuai menggunakan lebih daripada dua unit speaker supaya volume yang dipasang tidak terlalu kuat/bingit.


Tempoh Sewaan :

Secara asasnya sewaan pakej atau servis kami adalah untuk maksimum 5 jam sahaja. Lazimnya kami akan sampai 90 minit awal untuk setup atau pemasangan peralatan kami. Dan setelah majlis/program selesai, kami akan kemas peralatan kami dengan segera.


Caj Pengangkutan :

Harga yang dipaparkan secara asasnya telah termasuk caj penghantaran dan pemasangan. Kerana itu kami tidak mengenakan caj pengangkutan.

Namun begitu, jika lokasi majlis agak jauh, lazimnya kami akan caj berdasarkan jarak perjalanan. Dan jika perlu melalui tol dan caj tol melebihi RM10.00 serta mempunyai tempat letak kenderaan berbayar dengan caj melebihi RM10.00, maka kami akan caj anda berdasarkan jumlah bayaran yang ditanggung oleh kami sahaja.


Penggunaan Peralatan Kami :

Anda perlu faham bahawa peralatan kami hanya untuk vocal sahaja dan memainkan lagu menerusi laptop/smartphone sahaja. Peralatan kami tidak boleh sama sekali digunakan untuk live band, busking atau dikir barat. 


Keperluan Menyediakan Meja & Tempat Berbumbung :

Sebagai pelanggan anda perlu menyediakan meja bersaiz 3x6 dan dua kerusi untuk kegunaan pihak kami. Dan kedudukan meja tersebut hendaklah berdekatan dengan punca elektrik (tidak lebih 15 meter).

Anda juga harus faham peralatan kami sangat sensitif dengan panas dan hujan, maka anda perlu memastikan tempat tersebut terlindung daripada panas dan hujan (bahasa mudahnya berbumbung).

Sila ke channel youtube untuk tengok video bagaimana setup untuk sesebuah majlis, kedudukan meja dan speaker.


Link Youtube:


Terma & Syarat :

Pakej dan perkhidmatan yang disediakan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Sila pastikan anda membaca dengan jelas terma dan syarat yang ditetapkan. 

Sekiranya ada sebarang pertanyaan dan pakej yang dikehendaki tidak ada dalam senarai (inginkan sebutharga berlainan), sila hubungi kami menerusi :


Emel :

deejaykahwin@gmail.com


Whatsapp :

011-62099363

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.

RAKAN STRATEGIK

TENTANG KAMI

DeejayKahwin.Com

DEEJAYKAHWIN.COM merupakan sebuah perniagaan 100% milik melayu bumiputera yang menjalankan perniagaan perkhidmatan emcee (pengacara majlis), sewaan pa system dan karaoke untuk sebarang majlis, acara dan program. Kami boleh menyediakan sewaan peralatan untuk small dan medium event dengan kapasiti pengunjung atau tetamu antara 50pax hingga 1000pax dalam satu-satu masa.

Kami telah beroperasi sejak tahun 2007 dan merupakan antara perniagaan melayu bumiputera yang masih kekal relevan walaupun begitu banyak persaingan yang wujud. Matlamat kami adalah menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan yang mempunyai bajet yang tertentu dan sentiasa berunding dengan bakal pelanggan dalam situasi menang-menang.

Kawasan liputan perkhidmatan kami adalah sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan daerah-daerah dalam Selangor yang berdekatan. Menariknya perkhidmatan kami adalah tidak ada caj pengangkutan dikenakan.

Kami telah mengendalikan majlis sebagai emcee/pengacara untuk lebih 500 majlis, termasuk majlis korporat, NGO dan orang-perseorangan. Antara client kami adalah Bank Rakyat, Bank Islam, Menara Optometry dan pelbagai lagi.

Whatsapp : 011-62099363

Deejay Kahwin Emcee Kahwin Pengacara Majlis Perkahwinan Direktori Vendor Perkahwinan Malaysia Mahligai Impian Majlis Perkahwinan Emcee Deejay PA System Karaoke Pelamin Andaman Katering Canopy Dewan Perkahwinan Butik Pengantin PA System Murah Berpatutan PA System Perkahwinan PA System Kahwin PA System Kuala Lumpur PA System Selangor PA System Putrajaya Teks Pengacara Majlis Perkahwinan Pantun Melayu Pertunangan Pernikahan Malam Berinai Persandingan

JADUAL TEMPAHAN

Sila klik pada kalendar jika anda ingin melihat kekosongan pada bulan-bulan berikutnya.

FACEBOOK

POPULAR POST

Search This Blog