Kenali Peralatan Audio System Anda
Condenser Microphone
Perbezaan utama Condenser Mic dan Dynamic Mic ialah, Condenser Mic memelukan kuasa tambahan untuk membolehkan ianya beroperasi. Dan biasanya kuasa tambahan tersebut boleh di dapati dari bateri atau pun dengan cara menghidupkan “Phantom Power +48v” di Mixer anda.
Mic ini biasa di gunakan di Studio rakaman kerana bunyi yang di hasilkan lebih jelas, (jangan sesekali melepaskan angin dengan bunyi yang kuat, pasti akan dapat ditangkap bunyinya). Mic jenis ini juga sesuai untuk merakam bunyi “ambient” @ bunyi sekeliling. Jarak bunyi dengan mic ini bukanlah satu masalah, kerana mic ini memang di cipta supaya mampu memerangkap sumber bunyi yang jauh daripadanya. Dan hasilnya lebih sedap di dengar.
Contoh Condenser Mic @ Boom Mic

Shootgun Mic

Floor Mic

Studio Condenser Mic

Shootgun Condenser Mic

Cardiod Condenser Mic

Floor Mic

Floorstand Gooseneck Mic

Table Mic
Phantom Power & Mixer
Phantom Power bukanlah sesuatu yang asing kepada penggiat audio. Kebanyakan Mixer mempunyai kemudahan ini. Ianya adalah elemen yang penting bagi membolehkan condenser mic berfungsi. Apabila Phantom Power dihidupkan, kuasa 48volt akan dihasilkan dan dihantar ke chanel mixer yang menggunakan condenser mic.
Contoh Suis Phantom Power pada Mixer

Single Suis Phanton Power


By Channel Phantom Power Switch.
Mixer jenis ini lebih mudah di kendalikan sekiranya mahu menggunakan condenser Mic. Hanya Channel yang menggunakan Condenser Mic Sahaja yang perlu Phantom Power Dihidupkan

Ada Mixer yang tiada fungsi Phantom Power, Jadi Alat ini diperlukan.
Setelah kita berkenalan dengan pelbagai jenis microphone, kali ni kite kenal pula macam mana microphone memerangkap bunyi. Setiap Mic tidak mempunyi pola penangkapan bunyi yang sama. Jadi saya akan terangkan satu persatu.
Cardiod Polar Pattern.

Pola ini adalah yang paling dekat dengan kita. Selain dari Cardoid Polar Pattern, ia juga dikenali sebagai unidirectional @ pola penangkapan berbentuk hati. Kebanyakan mic dihasilkan dengan pola jenis ini. Kenapa ia begitu popular?
Mic ini berfungsi dengan baik apabila dekat dengan sumber bunyi. Sekirannya kita menyanyi, mic dihalakan tepat ke mulut kita supaya kualiti suara kita hasilkan mudah kerja-kerja penataan bunyi. Tetapi sekiranya mic dihalakan ke arah berlawanan dari sumber suara, maka hasilnya paham-paham je laa......
Kelebihan menggunakan mic yang mempunyai pola ini ialah ia meminimakan kemungkinan berlakunya "feedback". Ini kerana ia berfungsi dengan cukup baik apabila sumber bunyinya dekat dengan mic. Sekiranya kita menggunakan mic untuk miking instrument, bunyi yang ditangkap adalah bunyi instrument yang terhampir dengan mic tersebut. Jadi bunyi instrument lain hampir tidak kedengaran padanya.
Keburukan mic jenis ini ialah, ianya hanya berfungsi dengan baik sekiranya sumber bunyinya dekat dan dihalakan tepat kepada mic tersebut. Namum sekiranya sumber bunyi itu jauh, hasilnya agak lemah.
Disini kita dapat simpulkan kenapa mic yang mempunyi Pola ini banyak digunakan untuk keperluan "Live Sound" kerana ia amat berguna dalam mengelakkan berlakunya "Feedback".
Ribbon Microphone. Mic jenis ini adalah yang paling mudah rosak. Jadi ianya tidak menjadi popular dalam keperluan penggunaan kita. Walaupun pada ketika ini, kualiti Ribbon Mic semakin baik berbanding dahulu, ianya tetap tidak menjadi pilihan kepada penggiat audio terutamanya untuk keperluan "Live Sound".
Dari segi fungsinya, Mic ini berfungsi sama seperti Dynamic Mic, yang mana ia perlu dekat dengan sumber bunyi. Semakin jauh sumber bunyi, maka semakin kuranglah kualiti bunyi yang di hasilkan. Semakin dekat sumber bunyi dengan mic ini, kualiti yang dihasilkan sangat baik jika dibandingkan dengan dynamic mic.
Mic jenis ini biasa digunakan untuk keperluan recording kerana bunyi yang dihasilkan amat sedap di dengar dan tidak menyakitkan telinga. Mic ini menghasilkan frequensi bunyi "Low" & "Mid" dan memotong terus frequensi "High" jadi bunyinya akan terasa agak tumpul dan tak setajam bunyi yang di hasilkan dengan menggunakan dynamic mic @ Condenser Mic. Hasil rakaman menggunakan Ribbon Mic ini perlu di dengar berulang kali sehingga kita akan merasai bunyinya begitu merdu walaupun tak sejelas hasil rakaman menggunakan Condenser Mic.
Sekiranya pembaca ingin mengetahui perbezaan bunyi antara Condenser Mic / Dynamic Mic dan Ribbon Mic, pembaca boleh mendengar alunan muzik daripada CD yang mana kerja rakamannya menggunakan Condenser Mic / Dynamic Mic. Manakala untuk mendengar kualiti bunyi rakaman menggunakan ribbon mic, pembaca boleh mendengar hasil bunyi alunan muzik dari piring hitam.
Tetapi, sekiranya ada dikalangan pembaca yang teringin nak menggunakan mic ini, harus di ingat, ianya amat mudah rosak. Kerosakan boleh berlaku kepada mic ini hanya kerana anda tertekan butang "Phantom Power".
Dynamic Microphone atau juga dikenali dengan nama Mikropon Gegelung Bergerak (“Moving Coil”). Mic jenis ini adalah paling dekat dengan semua pengendali audio atau bukan pengendali audio.
Mic jenis ini adalah mic yang paling tahan dalam memproses bunyi yang kuat. Ianya berfungsi pada frequency 5khz – 10khz. Pada rintangan sebegini ianya memberikan kita kelebihan untuk mendapatkan bunyi yang terbaik dan baik untuk vocal atau pun bunyi dari instrument. Mic ini juga sangat membantu untuk mengurangkan “Feed Back Sound”.
Dari segi penggunaannya, mic ini sesuai untuk digunakan bagi menangkap sumber bunyi yang dekat dan kuat. Jadi ianya sangat sesuai untuk penggunaan ucapan, nyanyian, miking amplifier guitar, miking kick drum, dan juga bunyi-bunyi yang kuat. Jarak yang sesuai untuk mendapatkan kualiti bunyi yang terbaik adalah kira-kira 1 inci – 12 inci. Mic ini di sangat di gemari oleh “Sound Enggineer” kerana sesuai digunakan dalam apa jua keadaan, baik untuk ucapan, konsert, miking instrumen dan juga sesuai digunakan di dalam studio.
Kita mudah menemui pengguna mic ini kerana ianya paling mudah ditemui dari yang langsung tidak berkualiti dan berjenama sehingga ke yang sangat berkualiti dan berjenama.
diatas nie adalah Dynamic Microphone berjenama yang menjadi pilihan penggiat audio system.
Ini pula adalah microphone Made In China tetapi masih berkualiti dan boleh di jadikan pilihan kepada penggiat audio yang baru berjinak-jinak dalam dunia audio. Jenama ini juga masih berfungsi dengan baik walaupun digandingkan dengan Mixer berjenama.
Sumber : Google
Tiada ulasan: