Tips Aturcara Majlis Perkahwinan

 

gambar sekadar hiasan



Aturcara Standard Majlis Perkahwinan

(jika majlis diadakan dalam dewan supaya nampak lebih teratur dan kemas)


11.00 Pagi - 12.30 Tengahari

Ketibaan Tetamu/ Jamuan

Emcee akan menglu-alukan ketibaan dan menjemput menikmati hidangan (jika setting buffet)

(Instrumental/ Romantic Wedding Songs)


12.30 Tengahari - 2.00 Petang

Jamuan masih diteruskan

Ketibaan Pasangan Pengantin

Semasa berjalan/ berarak, pengantin lelaki sebelah kanan dan pengantin perempuan sebelah kiri, bunga tangan jangan lupa.


A. Ketibaan Pengantin Sehingga Pintu Gerbang/ Pintu Masuk Dewan

Boleh mainkan audio kompang (jika tiada pasukan kompang).


B. Berarak ke Pelamin

Boleh pasang lagu bersesuaian, lazimnya dialunkan Selawat Taslim.

Dimulakan dengan wakil keluarga kedua-dua belah pihak membawa masuk dulang hantaran

Kemudian Pasangan Pengantin berjalan menujh ke pelamin


C. Pengantin Bersanding di Pelamin

Kata-kata Aluan oleh Emcee

Jika ada tetamu daripasa kalangan VVIP hendaklah dimaklumkan kepada Emcee

Semasa bersanding pengantin lelaki duduk sebelah kanan, pengantin perempuan duduk sebelah kiri. Bunga tangan boleh letak di tepi pengantin perempuan.


D. Bacaan Doa

Sebaik-baiknya ahli keluarga/ ustaz tetapi jika tidak ada, emcee boleh membacakan doa standard majlis perkahwinan.


E. Merenjis/ Salam Restu

Lagu Perkahwinan dipasangkan bersesuaian dengan mood majlis

Jika tiada merenjis boleh buat salam restu

Nama-nama hendaklah diberikan oleh pengantin

Jika tiada senarai nama, boleh ikut turutan berikut :

Ayah & Ibu, Datuk & Nenek, Ibu & Ayah Suadara, Adik Beradik, Sepupu & Lain-Lain 


F. Makan Beradab Bersama Keluarga

Nama-nama wakil keluarga yang akan duduk sama di meja utama makan beradab


G. Potong Kek/ Pulut Kuning

Lagu tema untuk acara potong kek ini boleh dicadangkan oleh pengantin.


H. Ucapan Khas Penghargaan Keluarga

Wakil keluarga pengantin (ayah dan ibu lazimnya)

Wakil keluarga rombongan (ayah dan ibu lazimnya)

Pasangan Pengantin juga digalakkan memberi ucapan


Jika tiada ucapan maka boleh diteruskan dengan sesi bergambar bersama keluarga.


2.00 petang - 4.00 petang

Jamuan masih diteruskan

Sesi bergambar masih diteruskan

Sesi agak santai (Free & Easy)

(Instrumental/ Romantic Wedding Songs)


gambar sekadar hiasan


Nota Penting :


i. Audio kompang & selawat hanya cadangan saja. Boleh ditukar kepada lagu lain yang bersesuaian.

ii. Jika pasangan pengantin memakai suit & dress, emcee boleh mengenakan pakaian bersesuaian. Tetapi jika memakai baju songket/ tradisional yang lain, maka emcee boleh memakai baju melayu.

iii. Lazimnya draf teks emcee akan diberikan awal kepada pengantin/keluarga untuk semakan dan boleh diedit mengikut kehendak pengantin/keluarga.

iv. Maklumkan emcee konsep@tema majlis, supaya boleh disuaipadankan dengan teks emcee.

v. Emcee bukan sound man/crew. Jika dewan hanya menyediakan sound system, maka anda perlu melantik seorang crew untuk menjaganya. Jika anda tidak ada orang yang berpengalaman, maka dinasihatkan untuk mengupah seorang crew. Emcee juga boleh membawa seorang crew dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan.

vi. Emcee juga bukan Floor Manager/ Event Cordinator. Untuk memastikan kelancaran majlis, maka perlu dilantik seorang Floor Manager/ Event Cordinator daripada kalangan ahli keluarga. Peranannya adalah sebagai Ketua Majlis dan menjadi tempat rujukan jika ada sebarang keperluan. Dan jika perlu boleh lantik beberapa orang usherer untuk membantu Floor Manager/ Event Cordinator.


CC Aturcara Kepada:
Floor Manager/ Usherer
Ahli Keluarga
Team Pramusaji
Pasangan Pengantin
Emcee & Crew


Be prepared emcee interview spontan, jika tiada speech 🤗😍🤩

Disediakan oleh : DeejayKahwin.Com


Caj Emcee : RM350.00 (1 orang)
Caj Crew : RM150.00 (1 orang)
Harga tetap dan tidak boleh dirunding.


Untuk tempahan perkhidmatan Emcee (Pengacara Majlis) boleh whatsapp:

Tips Aturcara Majlis Perkahwinan Tips Aturcara Majlis Perkahwinan Reviewed by Emcee Kahwin 01162099363 on 1:35 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.

RAKAN STRATEGIK

TENTANG KAMI

DeejayKahwin.Com

DEEJAYKAHWIN.COM merupakan sebuah perniagaan 100% milik melayu bumiputera yang menjalankan perniagaan perkhidmatan emcee (pengacara majlis), sewaan pa system dan karaoke untuk sebarang majlis, acara dan program. Kami boleh menyediakan sewaan peralatan untuk small dan medium event dengan kapasiti pengunjung atau tetamu antara 50pax hingga 1000pax dalam satu-satu masa.

Kami telah beroperasi sejak tahun 2007 dan merupakan antara perniagaan melayu bumiputera yang masih kekal relevan walaupun begitu banyak persaingan yang wujud. Matlamat kami adalah menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan yang mempunyai bajet yang tertentu dan sentiasa berunding dengan bakal pelanggan dalam situasi menang-menang.

Kawasan liputan perkhidmatan kami adalah sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan daerah-daerah dalam Selangor yang berdekatan. Menariknya perkhidmatan kami adalah tidak ada caj pengangkutan dikenakan.

Kami telah mengendalikan majlis sebagai emcee/pengacara untuk lebih 500 majlis, termasuk majlis korporat, NGO dan orang-perseorangan. Antara client kami adalah Bank Rakyat, Bank Islam, Menara Optometry dan pelbagai lagi.

Whatsapp : 011-62099363

Deejay Kahwin Emcee Kahwin Pengacara Majlis Perkahwinan Direktori Vendor Perkahwinan Malaysia Mahligai Impian Majlis Perkahwinan Emcee Deejay PA System Karaoke Pelamin Andaman Katering Canopy Dewan Perkahwinan Butik Pengantin PA System Murah Berpatutan PA System Perkahwinan PA System Kahwin PA System Kuala Lumpur PA System Selangor PA System Putrajaya Teks Pengacara Majlis Perkahwinan Pantun Melayu Pertunangan Pernikahan Malam Berinai Persandingan

JADUAL TEMPAHAN

Sila klik pada kalendar jika anda ingin melihat kekosongan pada bulan-bulan berikutnya.

FACEBOOK

POPULAR POST