Peranan Pengacara Majlis

 


Di bawah kami senaraikan beberapa point penting untuk anda memahami peranan Pengacara Majlis (Emcee).


Jom baca!


Seorang pengacara majlis , atau MC (master of ceremony) memainkan peranan yang sangat penting dalam mengemudi sesuatu majlis rasmi ataupun tidak rasmi. Kenapa? Kerana sesebuah majlis rasmi tidak boleh bermula selagi pengacara majlis belum bersedia. Merekalah orangnya yang akan membuat pengumuman, serta memberi arahan/panduan kepada tetamu yang mengambil bahagian dalam majlis tersebut.


Bukan senang untuk menjadi seorang pengacara majlis. Ianya memerlukan daya kreativiti, serta kebolehan kita untuk bertutur dengan lancar dan berkesan. Datuk Mahathir Lokman adalah antara figura yang bukan asing lagi dalam bidang pengacaraan di Malaysia.


Kepetahan dalam mengacarakan majlis-majlis rasmi serta kebijaksanaannya dalam mengendalikan pelbagai majlis lain termasuk majlis-majlis hiburan dan perkahwinan membuktikan pengacara ini begitu versatil. Pengalaman mengacarakan beberapa majlis rasmi juga mematangkan dirinya dalam mengemudi sesuatu majlis. Tambahan pula dengan kebolehannya menguasai beberapa bahasa asing seperti Perancis, Portugal, Sepanyol, Itali dan Inggeris, cukup membuktikan dirinya bergelar seorang pengacara majlis serba boleh.


Justeru, antara kriteria serta kualiti yang perlu ada pada seseorang pengacara majlis termasuklah:


Bijak. Ya, seseorang pengacara majlis perlulah bijak dalam mengenali sesuatu majlis samada ianya berbentuk formal, tidak formal atau pun mengikut adat istiadat. Mereka perlu menyelidik siapa tetamu yang akan datang (mengenali audiens), untuk memastikan bahasa yang akan digunakan adalah betul. Jika tetamu itu adalah tetamu diraja, maka peru menggunakan bahasa istana, atau bahasa formal jika majlis itu melibatkan kehadiran Menteri kabinet, Perdana Menteri dan sebagainya.


Berpengetahuan dalam sesebuah majlis yang dikendalikan. Sebagai contoh, jika mengendalikan sebuah majlis menandatangani perjanjian (MoU) Biodiesel, maka anda perlulah mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang Biodiesel atau yang berkaitan dengannya, bukan setakat faham dan tangkap muat sahaja.


Memahami konsep berduet. Ini bagi pengacara majlis berpasangan lelaki dan perempuan. Bagi lelaki, mereka lah yang akan membuka serta menutup majlis. Peranan pengacara perempuan adalah untuk menyerikan lagi seri majlis tersebut dan mencelah setiap kali pengacara lelaki mengacarakan majlis tersebut. Kedudukan MC perempuan pula adalah disebelah kiri MC lelaki, dan lelaki tersebut haruslah mempunyai ketinggian yang lebih dari MC perempuan.


Mempunyai persediaan dari segi mental, fizikal serta skrip yang lengkap. Datuk Mahathir Lokman pernah menyatakan bahawa seseorang pengacara tidak boleh datang mengacara majlis dengan mood tidak baik dan monyok. Terlebih ceria juga tidak digalakkan sama sekali. Sekiranya perlu menjadi pengacara majlis yang dihadiri oleh golongan VVIP, lenggok bahasa yang digunakan mestilah betul. Pengacara juga perlu mempunyai suara/intonasi yang lunak dan sedap didengar dimana ianya merupakan antara kriteria yang penting selain personaliti dan kebolehan. Begitu juga dengan sebutan, di mana ianya haruslah tidak pelat, tidak bersifat kedaerahan, atau sengau.


Mesti banyak bersabar. Kadang-kadang berlaku beberapa perkara di luar jangkaan yang mungkin boleh mencacatkan proses pengacaraan sesebuah majlis. sebagai contoh, kita mungkin sudah siapkan skrip, tetapi atas beberapa masalah teknikal oleh pihak sekretariat, yang memerlukan skrip tersebut untuk diubah pada saat-saat akhir. Justeru, dalam menghadapi saat genting seperti ini, pengacara majlis perlu sentiasa sabar agar majlis dapat berjalan seperti yang telah dirancang sebelumnya.


Berpengetahuan tentang Etiket dan Protokol. Seseorang pengacara majlis haruslah faham tentang segala jenis tatacara imej, adab serta peraturan berprotokol seperti susunan hormat, susunan tempat duduk, cara berdiri dengan betul, cara berdiri didepan rostrum, cara berpakaian, cara berbahasa, dan sebagainya.


Tidak terlalu gemuruh. Menjadi lumrah semua orang untuk mempunyai perasaan gemuruh dan ianya terbentuk secara semulajadi. Namun, ianya haruslah dikawal serta tidak menampakkan gemuruhnya anda ketika sedang mengacarakan sesuatu majlis. jika anda terlalu gemuruh, kemungkinan akan membuatkan anda gagap, dan tidak mampu untuk bercakap dengan betul. Adalah penting untuk mengawal gemuruh anda kerana sekiranya anda gagap, ianya akan membuatkan orang lain berasa gelisah terhadap anda, serta keseluruhan majlis tersebut.

Diharapkan dengan kriteria ini dapat serba sedikit membantu anda untuk menjadi seorang pengacara majlis yang berkaliber serta bertaraf dunia, seperti Datuk Mahadzir Lokman.


Sumber : Tidak diketahui



Peranan Pengacara Majlis Peranan Pengacara Majlis Reviewed by Emcee Kahwin 01162099363 on 10:58 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.

RAKAN STRATEGIK

TENTANG KAMI

DeejayKahwin.Com

DEEJAYKAHWIN.COM merupakan sebuah perniagaan 100% milik melayu bumiputera yang menjalankan perniagaan perkhidmatan emcee (pengacara majlis), sewaan pa system dan karaoke untuk sebarang majlis, acara dan program. Kami boleh menyediakan sewaan peralatan untuk small dan medium event dengan kapasiti pengunjung atau tetamu antara 50pax hingga 1000pax dalam satu-satu masa.

Kami telah beroperasi sejak tahun 2007 dan merupakan antara perniagaan melayu bumiputera yang masih kekal relevan walaupun begitu banyak persaingan yang wujud. Matlamat kami adalah menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan yang mempunyai bajet yang tertentu dan sentiasa berunding dengan bakal pelanggan dalam situasi menang-menang.

Kawasan liputan perkhidmatan kami adalah sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan daerah-daerah dalam Selangor yang berdekatan. Menariknya perkhidmatan kami adalah tidak ada caj pengangkutan dikenakan.

Kami telah mengendalikan majlis sebagai emcee/pengacara untuk lebih 500 majlis, termasuk majlis korporat, NGO dan orang-perseorangan. Antara client kami adalah Bank Rakyat, Bank Islam, Menara Optometry dan pelbagai lagi.

Whatsapp : 011-62099363

Deejay Kahwin Emcee Kahwin Pengacara Majlis Perkahwinan Direktori Vendor Perkahwinan Malaysia Mahligai Impian Majlis Perkahwinan Emcee Deejay PA System Karaoke Pelamin Andaman Katering Canopy Dewan Perkahwinan Butik Pengantin PA System Murah Berpatutan PA System Perkahwinan PA System Kahwin PA System Kuala Lumpur PA System Selangor PA System Putrajaya Teks Pengacara Majlis Perkahwinan Pantun Melayu Pertunangan Pernikahan Malam Berinai Persandingan

JADUAL TEMPAHAN

Sila klik pada kalendar jika anda ingin melihat kekosongan pada bulan-bulan berikutnya.

FACEBOOK

POPULAR POST