Utama / artikel / 7 Tema Awesome Majlis Resepsi Perkahwinan

7 Tema Awesome Majlis Resepsi Perkahwinan




Bagi pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan, pasti antara perkara yang banyak dipertimbangkan ialah tema majlis perkahwinan tersebut.

Tema yang ditetapkan untuk sesuatu majlis boleh memudahkan proses pemilihan rekaan baju pengantin dan ahli keluarga, hiasan pelamin, hiasan meja makan dan sebagainya.


Di sini kami kongsikan 7 idea menarik untuk dijadikan tema majlis perkahwinan anda:

1) Tema Korea

Konsep Korea meletakkan platform seakan-akan singgahsana yang dipenuhi dengan pokok sakura berwarna merah jambu dan putih. Ditambah pula dengan hiasan bunga putih merimbun di sekitar tangga pelamin menimbulkan aura suasana musim salji. Beruntunglah sesiapa yang menghadiri majlis perkahwinan anda, kerana mereka bukan sahaja dapat menikmati juadah enak yang disediakan, malah dapat merasai pakej ke negara Korea sekaligus.


2) Tema Fairy Tale

Untuk tema fairy tale, inspirasi boleh diambil dari cerita dongeng yang terkenal seperti Cinderella, Snow White dan lain-lain.

Anda boleh menghias pelamin untuk kelihatan seperti kereta kuda yang berwarna putih dengan pacuan empat roda untuk membawa anda ke alam fantasi Cinderella. Ukiran kerawang yang halus di kereta kuda ini menyerlahkan lagi konsep yang ingin diterapkan. Jika si mempelai perempuan mengenakan gaun kembang pasti akan kelihatan seperti Si Cinderella yang anggun dan jelita.

3) Tema Dalam Taman

Konsep perkahwinan dalam taman menggunakan pelamin yang dihiasi dengan pokok dan bunga yang berwarna putih dan hijau. Konsep ini tampak sangat menenangkan dan menyejukkan mata. Warna hijau melambangkan alam, simbol kesuburan dan harmoni. Manakala, warna putih pula melambangkan kesucian dan kesempurnaan.
Tema ini akan membuat anda kelihatan menyerlah dan kelihatan segar di hari bahagia.

4) Tema Pantai

Tema seterusnya berkonsepkan pantai. Pasti ramai pasangan bakal pengantin mengidamkan majlis perkahwinan mereka berada di pantai yang indah disertai tiupan angin bayu. Dihiasi dengan set meja kerusi yang berwarna putih dan ditambah dengan hiasan bunga segar di atas meja, majlis perkahwinan anda pasti nampak elegan dan klasik. Sememangnya suasana di pantai akan menimbulkan rasa ketenangan, kesegaran dan romantis.


5)Tema Musim Salji

Tema ini menggunakan tirai batu kristal yang digantung di atas pelamin untuk kelihatan seperti ketulan ais. Manakala taburan serbuk putih di atas lantai melambangkan salji. Pelamin tema ini diserlahkan lagi dengan hiasan bunga yang mempunyai tona warna lembut dan segar. Tema ini akan membuat anda kelihatan bagai bidadari kayangan di majlis perkahwinan nanti.


6) Tema Hipster

Konsep ala-ala hipster ini menampilkan ciri-ciri moden dan minimalis menggunakan hanya kayu-kayu pallet sebagai latar belakang pelamin. Rekaan pelamin ini sememangnya tampak lain dari yang lain.

Konsep hipster semakin trendy dan digemari oleh masyarakat di negara ini. Jika anda ingin tampak kelainan tetapi simple, tema ini sangat sesuai digunakan pada majlis anda.


7) Tema Tradisional

Tema ini menggunakan hiasan mega ukiran kerawang yang berwarna emas pada pelamin untuk menunjukkan ciri-ciri kesultanan Melayu. Tirai labuh yang berwarna merah sebagai latar belakang membuatkan pelamin kelihatan mewah dan gah.

Tema ini sangat sesuai jika dipadankan dengan baju kebaya songket yang merupakan baju adat resam tradisional Melayu. Boleh juga ditambahkan dengan pasukan pengapit dan pengiring mengenakan pakaian seperti para pembesar istana atau para hulubalang. Pasti majlis perkahwinan anda akan tersemat di ingatan tetamu anda.

Pastinya terdapat banyak lagi tema menarik selain yang disenaraikan di atas untuk majlis perkahwinan anda. Lebih-lebih lagi dengan adanya pereka bentuk dan perancang perkahwinan yang sememangnya pakar dan kreatif.


Sumber : Wedpedia

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.

RAKAN STRATEGIK

TENTANG KAMI

DeejayKahwin.Com

DEEJAYKAHWIN.COM merupakan sebuah perniagaan 100% milik melayu bumiputera yang menjalankan perniagaan perkhidmatan emcee (pengacara majlis), sewaan pa system dan karaoke untuk sebarang majlis, acara dan program. Kami boleh menyediakan sewaan peralatan untuk small dan medium event dengan kapasiti pengunjung atau tetamu antara 50pax hingga 1000pax dalam satu-satu masa.

Kami telah beroperasi sejak tahun 2007 dan merupakan antara perniagaan melayu bumiputera yang masih kekal relevan walaupun begitu banyak persaingan yang wujud. Matlamat kami adalah menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan yang mempunyai bajet yang tertentu dan sentiasa berunding dengan bakal pelanggan dalam situasi menang-menang.

Kawasan liputan perkhidmatan kami adalah sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan daerah-daerah dalam Selangor yang berdekatan. Menariknya perkhidmatan kami adalah tidak ada caj pengangkutan dikenakan.

Kami telah mengendalikan majlis sebagai emcee/pengacara untuk lebih 500 majlis, termasuk majlis korporat, NGO dan orang-perseorangan. Antara client kami adalah Bank Rakyat, Bank Islam, Menara Optometry dan pelbagai lagi.

Whatsapp : 011-62099363

Deejay Kahwin Emcee Kahwin Pengacara Majlis Perkahwinan Direktori Vendor Perkahwinan Malaysia Mahligai Impian Majlis Perkahwinan Emcee Deejay PA System Karaoke Pelamin Andaman Katering Canopy Dewan Perkahwinan Butik Pengantin PA System Murah Berpatutan PA System Perkahwinan PA System Kahwin PA System Kuala Lumpur PA System Selangor PA System Putrajaya Teks Pengacara Majlis Perkahwinan Pantun Melayu Pertunangan Pernikahan Malam Berinai Persandingan

JADUAL TEMPAHAN

Sila klik pada kalendar jika anda ingin melihat kekosongan pada bulan-bulan berikutnya.

FACEBOOK

POPULAR POST

Search This Blog