Selamat Pengantin Baru Ayda Jebat & Nabil Mahir

by 5:00 PG 0 Comments

  

SEKALI LAFAZ - AYDA JEBAT KINI ISTERI NABIL MAHIR


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pasangan Ayda Jebat, 29, dan Nabil Mahir, 33, yang kini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, pukul 3.28 petang, hari ini.


Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat dinikahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Ustaz Rozimi Zamri, dengan disaksikan bapa pihak pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan Wan Jean Basri Wan Othman.





Majlis yang berlangsung secara sederhana itu mengikut rutin normal baharu dan hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat kedua belah pihak.


Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki yang merupakan pengacara itu menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.


Ayda ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah menzahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang. Menurut penyanyi dan pelakon itu, dia sudah pun bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri dan tidak menolak rezeki untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat.





"Alhamdulillah, meskipun kini kita berada di dalam norma baharu, syukur majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Di sebalik pandemik Covid-19 yang membataskan banyak perkara, kami memilih untuk melangsungkan yang wajib dulu. Terima kasih buat semua yang mendoakan.


"Ini adalah satu kehidupan baru untuk hidup kami sebagai suami isteri. Saya dan Nabil percaya akan ada banyak dugaan serta cabaran yang bakal ditempuh. Jujurnya kami sudah lama impikan saat ini dan juga sudah bersedia untuk menimang zuriat secepat mungkin, insha-Allah," katanya yang akan tetap meneruskan kerjaya seni seperti biasa selepas ini.


Terdahulu, Nabil melamar Ayda selepas mereka menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan. Pasangan selebriti ini mencuri tumpuan apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 


Sumber: http://www.myartis.com/2021/01/sekali-lafaz-ayda-jebat-kini-isteri.html


#kitabaikramaisayang❤️ #kampungpeople #tiktokmalaysia #sumpah #purnama #doorgiftmurah #gegarvaganza2020 #pengantinbaru #cindai #cintasekalilagi #tiktok #curicuricinta #perempuantanpadosa #ryanaralyn #ajl35 #bidadarikirimantuhan #demirindumu #perempuantanpadosa #angkaracinta #gerakkhasfinale #butikperkahwinan #bajupengantin #busanaperkahwinan #galeriperkahwinan #hantaran #hantaranperkahwinan #aydajebat #nabilmahir #akadnikah #ajscreamers


Deejay/ Emcee

Kami menawarkan perkhidmataan sewaan peralatan pa system, karaoke, deejay dan emcee untuk semua jenis majlis dan acara. Liputan antara 2 jam hingga 5 jam. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak kami menerusi sms, whatsapp atau telegram ke 011-62099363.


0 Comments:

Catat Komen

© 2010-2020 Hak cipta terpelihara DeejayKahwin.