Selasa, November 17, 2020

SEWA PA SYSTEM UNTUK VILA KAHWIN VILLA KAHWIN HOMESTAY PERKAHWINAN DEWAN PERKAHWINAN HARGA PAKEJ PA SYSTEM

  





Sila klik link di bawah untuk semak kalendar sebelum membuat sebarang tempahan.




Senarai Harga Perkhidmatan Emcee - Pengacara Majlis dan Sewaan PA System & Karaoke Tahun 2021 (Negotiable)


i. Emcee - Pengacara Majlis (RM350.00)

Perkhidmatan Emcee atau Pengacara Majlis ini sesuai bagi majlis/program dalam dewan di mana peralatan pa system telah sedia ada dalam dewan tersebut. Emcee akan berperanan mengendalikan majlis.

Namun jika kedudukan laptop dan Emcee berjauhan, maka adalah menjadi tanggungjawab pelanggan mengambil seorang crew tambahanuntuk membantu Emcee. 

Tetapi jika kedudukan laptop dan Emcee di tempat yang sama, tidak perlu menggunakan crew tambahan.

Sila semak dengan pihak dewan terlebih dahulu sebelum membuat tempahan.


ii. Sewaan PA System Sahaja (RM350.00)

Jika anda hanya ingin menyewa peralatan pa system sahaja, anda boleh mengambil pakej ini. Anda boleh mengadakan aktiviti berkaraoke dengan membawa laptop dan lagu-lagu karaoke sendiri. External monitor/lcd screen boleh disewa dengan kami jika anda memerlukannya.

Pakej seeaan ini hanya untuk peralatan standard pa system sahaja. Dan ia tidak meliputi Emcee. Hanya peralatan pa system dan seorang crew stand by sahaja.


iii. Sewaan PA System & Emcee (RM500.00)

Pakej ini sangat popular dan kerap diambil oleh pelanggan kami memandangkan ia memenuhi  keperluan asas sesuatu majlis perkahwinan atau majlis/program tertentu.

Anda digalakkan mengambil pakej ini jika dewan/tempat di mana anda mengadakan majlis/program tidak menyediakan kemudahan pa system dan Emcee. Bezanya pakej ini tidak ada aktviti berkaraoke sahaja.

iv. Sewaan PA System dan Karaoke (RM500.00)

Pakej ini juga popular dan kerap disewa memandangkan ia mengandungi aktiviti berkaraoke.

Pakej ini tidak ada Emcee. Hanya seorang crew stand by sahaja. Pakej ini khusus untuk anda yang ingin mengupah Emcee lain atau mempunyai kenalan/kontak yang boleh menjadi Emcee untuk majlis/program anda.

iv. Sewaan PA System, Karaoke dan Emcee (RM600.00)

Pakej ini adalah pakej paling lengkap yang kami boleh sediakan dan sesuai untuk keperluan standard bagi sesuatu majlis/program.

Anda juga digalakkan mengambil pakej ini jika mempunyai bajet yang lebih. Ini kerana aktiviti berkaraoke boleh menjadi salah satu bentuk hiburan yang akan menaikkan mood serta boleh menceriakan majlis/program anda.


Anda boleh lihat video di bawah untuk aktiviti berkaraoke tetamu semasa majlis perkahwinan yang menggunakan peralatan pa system dan karaoke kami.











Di bawah merupakan antara peralatan PA System & Karaoke yang disediakan untuk Pakej yang disenaraikan di atas:

a. 2 Speaker 16 inch with speaker stand (250 watt)
b. 2 Speaker 10 inch (100 watt) - for karaoke
c. 1 Power Mixer with Build-in Power Amp (450 watt)
d. 2 High Quality Wired Mic & 2 High Quality Wireless Mic
d. 1 LCD Monitor 12 Inch - for karaoke
e. Lagu² dimainkan menggunakan Spotify (playlist lagu² melayu, inggeris, hindi, tradisional dan nasyid)
f. Lagu² karaoke sentiasa dikemaskini meliputi pelbagai genre (dangdut, 60an, 90an, terkini, melayu, english, tradisional, inggeris dan nasyid)
g. Seorang Emcee dan seorang crew disediakan.

Sila ambil maklum bahawa kandungan peralatan adalah tertakluk kepada pakej yang diambil oleh anda.








Peralatan yang disediakan ini adalah sangat bersesuaian untuk majlis dalam dewan dengan bilangan meja di bawah 30 unit. Dan juga untuk majlis yang menggunakan 6 unit canopy ke bawah.

Namun begitu, kami juga mempunyai peralatan tambahan untuk keperluan ruang yang lebih besar dengan caj tambahan yang berpatutan. Jika dalam dewan antara 30 hingga 50 meja atau menggunakan antara 7 hingga 10 canopy, sangat sesuai menggunakan lebih daripada dua unit speaker supaya volume yang dipasang tidak terlalu kuat/bingit.


Tempoh Sewaan :

Secara asasnya sewaan pakej atau servis kami adalah untuk maksimum 5 jam sahaja. Lazimnya kami akan sampai 90 minit awal untuk setup atau pemasangan peralatan kami. Dan setelah majlis/program selesai, kami akan kemas peralatan kami dengan segera.


Caj Pengangkutan :

Harga yang dipaparkan secara asasnya telah termasuk caj penghantaran dan pemasangan. Kerana itu kami tidak mengenakan caj pengangkutan.

Namun begitu, jika lokasi majlis agak jauh, lazimnya kami akan caj berdasarkan jarak perjalanan. Dan jika perlu melalui tol dan caj tol melebihi RM10.00 serta mempunyai tempat letak kenderaan berbayar dengan caj melebihi RM10.00, maka kami akan caj anda berdasarkan jumlah bayaran yang ditanggung oleh kami sahaja.


Penggunaan Peralatan Kami :

Anda perlu faham bahawa peralatan kami hanya untuk vocal sahaja dan memainkan lagu menerusi laptop/smartphone sahaja. Peralatan kami tidak boleh sama sekali digunakan untuk live band, busking atau dikir barat. 


Keperluan Menyediakan Meja & Tempat Berbumbung :

Sebagai pelanggan anda perlu menyediakan meja bersaiz 3x6 dan dua kerusi untuk kegunaan pihak kami. Dan kedudukan meja tersebut hendaklah berdekatan dengan punca elektrik (tidak lebih 15 meter).

Anda juga harus faham peralatan kami sangat sensitif dengan panas dan hujan, maka anda perlu memastikan tempat tersebut terlindung daripada panas dan hujan (bahasa mudahnya berbumbung).

Sila ke channel youtube untuk tengok video bagaimana setup untuk sesebuah majlis, kedudukan meja dan speaker.


Link Youtube:


Terma & Syarat :

Pakej dan perkhidmatan yang disediakan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Sila pastikan anda membaca dengan jelas terma dan syarat yang ditetapkan. Sila klik pautan berkaitan Terma & Syarat untuk info selanjutnya.


Sila klik link di bawah untuk semak kalendar sebelum membuat sebarang tempahan.




Sekiranya ada sebarang pertanyaan dan pakej yang dikehendaki tidak ada dalam senarai (inginkan sebutharga berlainan), sila hubungi kami menerusi :


Emel :

deejaykahwin@gmail.com


Whatsapp :

011-62099363

0 Comments:

Catat Ulasan

FOLLOW KAMI

Instagram Facebook

Jumlah Pelawat

INTRO

DEEJAYKAHWIN.COM merupakan sebuah perniagaan 100% milik melayu muslim yang menjalankan perniagaan perkhidmatan emcee (pengacara majlis), sewaan pa system dan karaoke untuk sebarang majlis, acara dan program. Kami boleh menyediakan sewaan peralatan untuk small dan medium event dengan kapasiti pengunjung atau tetamu antara 50pax hingga 1000pax dalam satu-satu masa.

Youtube


RAKAMAN SUARA DEEJAY/EMCEE KAMI SEMASA MENJALANKAN TUGAS DI MAJLIS PERKAHWINAN

Kerap Dibaca

Copyright © DEEJAYKAHWIN.COM | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com