Selasa, Disember 01, 2020

Contoh Teks Ucapan Wakil Keluarga Dalam Majlis Perkahwinan

Contoh Teks Ucapan


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para tetamu yang dihormati. Kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Datin, Tuan Puan dan Para Hadirin sekalian amatlah dihargai. Saya, bagi pihak Tuan Rumah, ....................................................... serta kedua pasangan pengantin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian para hadirin sekalian ke majlis ini. Untuk semua para tetamu, selamat menjamu selera diucapkan.

Hari ini, ......................... , kita meraikan Majlis Perkahwinan pasangan raja sehari, ........................................................ Barakallah untuk pasangan pengantin. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk mereka berdua dan juga untuk kita semua, insyaALLAH.


Tetamu yang datang sangat dihargai,
Bersalam-salaman, berlaga pipi;
Terima kasih diucapkan, tanda berbesar hati,
Jemputlah makan, buat tetamu yang dihormati.

Bariani gam nama diberi,
Hidangan istimewa JM Bariani;
Tetamu dan pengantin sama dirai,
Ada kekurangan, harap dimaafi.

Alhamdulillah.. di dalam majlis yang penuh meriah ini, yang jauh dan yang dekat dapat disatukan. Kaum keluarga dapat berkumpul, saudara mara dapat bersua muka, jiran-jiran dapat berjumpa, sahabat lama dan baru dapat bertemu. InsyaAllah, semoga ukhwah yang terbina akan berkekalan hendaknya. Sambil-sambil menjamu selera marilah kita bersama-sama menyoroti perkenalan antara kedua pasangan mempelai yang kita raikan hari ini, iaitu 
.......................................................

Berjalan rapat, berlaga bahu,
Cantik dan kacak, molek bersatu;
Macam mana berkenalan, kami semua nak tahu?,
Mengorek rahsia si pengantin baru.

...................... tempat berkhidmat,
Mencurah bakti, memerah keringat;
Baik budi hati terpikat,
Bila berjauhan asyik teringat.


tempah servis Emcee https://wasap.my/601162099363

Ikan di laut, asam di darat, di dalam kuali bertemu juga. Di zaman kecanggihan teknologi hari ini, di laman Facebook juga, kita boleh bertemu. Menyingkap bibit-bibit perkenalan antara pasangan kedua mempelai, rupanya, Facebook juga yang telah menemukan mereka berdua. Seorang di Ipoh, seorang di Bangi, kalau dah jodoh bersatu jua. Kata orang, tak kenal makan tak cinta. Bila dah kenal, hati tertawan pula.

Bermula di facebook, pertemuan tercipta,
............... tempat, pertemuan pertama;
Mula berkenalan, kemudian bercinta,
Bila dah suka, buat apa nak tunggu lama.


tempah servis Emcee https://wasap.my/601162099363

Kalau dah jodoh tak ke mana, adinda pujaan kekanda. Pertemuan pertama bersua muka di luar alam cyber telah membenihkan rasa cinta antara keduanya. Alhamdulilah, selepas beberapa pertemuan dalam hampir ................ bulan perkenalan mengenali hati budi masing-masing, dengan restu kedua belah keluarga, tali pertunangan diikat pada tanggal ................. Dan Alhamdulillah, pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah diikat ditunaikan di dalam majlis yang penuh berkat ini.


Restu dipohon memohon berkat,
Janji termeterai tanda sepakat;
Cincin disarung mengikut adat,
Sebagai tanda sudah terikat.

Pandai sungguh ................ memikat,
Mudah pula ................ terpikat;
Jarak yang jauh dah rasa dekat,
Semoga majlis mendapat berkat.


tempah servis Emcee https://wasap.my/601162099363

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin kita hari ini, Dr. Farahwahida dan pasangannya ........................................................ Semoga rumahtangga yang dibina akan mendapat keberkatan dari Allah swt. Semoga kasih sayang yang disulam akan berterusan hingga ke jannah, insyaAllah. Tahniah juga untuk kedua-dua ibu dan bapa pengantin yang menerima menantu pada hari ini. Semoga ikatan yang baru terbina di antara dua buah keluarga akan dirahmati Allah hendaknya.

Bariani ada, satay pun ada,
Sirap dan cendol penghilang dahaga;
Kepada pasangan pengantin, berbahagialah hendaknya,
Semoga dikurniakan cahayamata yang soleh dan berakhlak mulia.

Alhamdulillah, tanda bersyukur,
Majlis meriah, suasana ceria;
Sudah masanya untuk berundur,
Tersilap kata, maaf dipinta.

Sekian, Wabillahitaufikwal hidayah,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Salam hormat untuk semua. InsyaAllah, semoga rahmat Allah sentiasa ada untuk kita semua. Take care and have a nice day.


tempah servis Emcee https://wasap.my/601162099363

 

0 Comments:

Catat Ulasan

FOLLOW KAMI

Instagram Facebook

Jumlah Pelawat

INTRO

DEEJAYKAHWIN.COM merupakan sebuah perniagaan 100% milik melayu muslim yang menjalankan perniagaan perkhidmatan emcee (pengacara majlis), sewaan pa system dan karaoke untuk sebarang majlis, acara dan program. Kami boleh menyediakan sewaan peralatan untuk small dan medium event dengan kapasiti pengunjung atau tetamu antara 50pax hingga 1000pax dalam satu-satu masa.

Youtube


RAKAMAN SUARA DEEJAY/EMCEE KAMI SEMASA MENJALANKAN TUGAS DI MAJLIS PERKAHWINAN

Kerap Dibaca

Copyright © DEEJAYKAHWIN.COM | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com