Hanya dengan sekali lafaz, pelakon popular Mira Filzah, atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27 telah sah bergelar isteri kepada seorang arkitek, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara di sini, malam tadi.
Perkahwinan yang dianggap sebagai Wedding Of The Year itu mencatat rekodnya tersendiri apabila nama pasangan ini trending di laman Twitter malah tidak kurang ada yang beranggapan ianya merupakan perkahwinan norma baharu paling popular.
Pelbagai singkapan menarik telah dikongsi sepanjang majlis akad nikah pasangan ini baik dari segi perkongsian para tetamu, siaran langsung dan juga peminat. Berikut Murai.my tampilkan 8 yang menarik sepanjang majlis pernikahan Mira Filzah dan Wan Emir Astar.
Kedua-duanya kelihatan berseri dalam persalinan warna rona putih. Difahamkan Mira telah menggayakan busana kurung Pahang hasil rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini.
Tahniah Mira Fizal dan Wan Emir! Semoga berbahagia hingga ke Jannah.
Jika ada yang nak menganjurkan majlis perkahwinan, jangan malu jangan segan contact kami. Harga mampu milik. Berpatutan. Deejay kami yang mesra dan ramah. Emcee pula yang professional dan versatile. Apa lagi whatsapp kami segera untuk tempahan.
0 Comments:
Catat Komen